Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3,262 Kes Demam Denggi,...

KLANG - Sebanyak 3,262 kes demam denggi dengan satu kematian dicatatkan di daerah...

Peminat Gigih Mahu Jodohkan...

TERASA bagai drama pula apabila membaca kisah pelakon kacak Fahrin Ahmad menerusi Berita...

Pegawai Polis Wanita Lepas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan seorang pegawai polis...

Guan Eng Bongkar Rahsia...

KEMENTERIAN Kewangan mendakwa menemui satu lagi skandal daripada fail merah membabitkan nilai RM9.4...

Jenazah Pelajar Malaysia Mangsa Rempuhan Dikebumikan

SHAH ALAM – Jenazah Tan Wei, 20, pelajar Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Dataran Chen Yi, Shanghai, China pada Rabu lepas, dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana Shah Alam hari ini.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan mendiang hadir pada upacara pengebumian kira-kira 4.30 petang itu.

Bapa mendiang, Tan Chin Hin berkata beliau memilih untuk mengebumikan dan bukan membakar jenazah anaknya itu kerana tidak sanggup melihatnya “disakiti buat kali kedua”.

Jenazah Tan Wei, pelajar di sebuah universiti di Hangzhou, Zhejiang, tiba di Malaysia pada Isnin lepas dan ditempatkan di Kuil FGS Dong Zhen, Jenjarom dekat sini bagi membolehkan anggota keluarga dan saudara mara serta rakan-rakan mendiang memberi penghormatan terakhir.


Insiden rempuhan yang berlaku ketika sambutan ambang tahun baharu 2015 itu mengorbankan lebih 30 nyawa selain mencederakan hampir 50 yang lain.

Rempuhan itu turut mencederakan warga Malaysia, Ooi Hooi Yi yang dirawat di di Hospital Changzheng. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori