Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Banjir Lumpur: Laluan Kontra...

Laluan kontra sedang diaktifkan antara Bukit Besi ke Ajil di KM392.4 hingga KM394.6...

Ustaz Nurul Kamal Sempat...

Manjung: Imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain, sempat membisikkan iqamat...

Mahkamah Ditutup Susulan Lanjutan...

PUTRAJAYA - Susulan lanjutan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mahkamah di seluruh negara...

Malaysia Megameet 2015 Luaskan...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan menganjurkan Malaysia Megameet 2015 dalam usahanya untuk meningkatkan jumlah...

Jenazah Tengku Intan Zaharah Selamat Disemadikan

KUALA TERENGGANU – Jenazah Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar selamat disemadikan bersebelahan makam suami baginda, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin di sini selepas solat zuhur, Ahad.

Istiadat pengebumian dan bacaan talkin disempurnakan Mufti Terengganu Dr Zulkifly Muda.

Hadir sama kerabat diraja Terengganu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda dan anggota Majlis Mesyuarat Negeri.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pukul 10.15 pagi dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Subang, jenazah Almarhum dibawa ke Istana Maziah untuk membolehkan orang kenamaan dan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir.

IntanZaharah_2


Berangkat sama memberi penghormatan terakhir ialah Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Asegaff, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tengku Sri Temenggung Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud dan kerabat diraja lain.

Almarhum Tengku Intan Zaharah, 86, yang merupakan Raja Permaisuri Agong keempat, mangkat di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara pukul 3.26 petang Sabtu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori