Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Izzue Islam Mohon Peminat...

SETELAH tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izzue Islam mengakui dia dan isteri, Awin Nurin...

APMM Selamatkan 2 Kru...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pelayaran ihsan untuk menyelamatkan...

SPRM Cari ‘Kodek’ ...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki, Mohammad...

Hanya 648 Pekerja Bangladesh...

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan kemasukan 80,000 kuota...

Umno Kian Giat Daftar Mereka Yang Layak Mengundi

SHAH ALAM – Umno kini giat menjalankan proses mendaftar mereka yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata semua peringkat pimpinan perlu menggembleng tenaga menambah jumlah pengundi sedia ada bagi meningkatkan kekuatan parti itu.

“Kami sedang memperkasa parti dengan mendaftar anggota Umno sebagai pengundi mengikut peraturan sedia ada. Kami tak mahu (adanya tohmahan) pengundi hantu dan sebagainya nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan kempen daftar pemilih dan keanggotaan Umno peringkat Selangor di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata Umno kini juga dalam proses ‘memutihkan’ sebanyak 200,000 anggota Umno yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Pemutihan itu adalah berikutan anggota Umno yang berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori