Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

PH Gagal Laksana Manifesto,...

KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyarankan agar...

Thierry Henry Di ‘Kem...

ISTRA - Ketika pemain Perancis berbaris bagi menghadapi aksi separuh akhir Piala Dunia,...

Hospital Sibu Rayu Bantuan...

SIBU - Hospital Sibu merayu untuk mendapat bantuan darah berikutan simpanan darahnya tidak...

Buat Laporan Palsu Konon...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan kerana membuat laporan...

J/kuasa Wakil Tetap Asean Mulakan Mesyuarat Di K.Kinabalu

KOTA KINABALU – Satu daripada mesyuarat persediaan Pemukiman Menteri Luar ASEAN dimulakan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Wakil Tetap ASEAN (CPR), di sini, hari ini.

Mesyuarat berlangsung di Magellan Sutera Harbour Resort yang juga merupakan venue bagi Pemukiman Menteri Luar Asean bermula dari 27 hingga 28 Jan ini.

Mesyuarat tertutup itu dijangka berakhir pada 5.15 petang, hari ini.

Mesyuarat dipengerusikan Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Datuk Hasnudin Hamzah yang mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi CPR daripada Min Lwin dari Myanmar, Disember lalu.

CPR, yang ditubuhkan pada 2009, merupakan mekanisme penting dalam usaha ASEAN membangunkan masyarakat dan mempunyai peranan penting dalam merealisasikan Komuniti ASEAN pada tahun ini dan Visi Komuniti ASEAN pasca 2015.

CPR yang berpangkalan di Indonesia itu ditubuhkan melalui Piagam ASEAN.

Laman web Sekretariat ASEAN memaklumkan di bawah kepimpinan Myanmar pada 2014, CPR berjaya mencapai kejayaan penting termasuk sokongan mantap terhadap usaha CPR dalam pembinaan komuniti ASEAN, usaha berterusannya dalam mengukuhkan kapasiti dan keupayaan Sekretariat ASEAN di Jakarta serta penglibatan meluas dengan rakan dialog dan rakan luar dalam perkumpulan 10 negara anggota serantau itu.

Piagam ASEAN menetapkan bahawa setiap negara anggota hendaklah melantik seorang Wakil Tetap kepada ASEAN yang berpangkat Duta Besar serta berpangkalan di Sekretariat ASEAN dan Wakil Tetap secara kolektif membentuk satu Jawatankuasa Wakil Tetap (CPR).


CPR antara lain berperanan menyokong usaha Majlis Komuniti ASEAN dan Badan Menteri Sektor ASEAN serta melicinkan kerjasama ASEAN dengan rakan-rakan luar.

Sementara itu, pemimpin dan perwakilan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN (SOM) juga dijadual tiba di sini hari ini untuk menghadiri mesyuarat masing-masing.

SOM dijadual berlangsung esok dan para pemimpin dan perwakilan akan diraikan dalam satu majlis makan malam di sebuah restoran di resort peranginan, hari ini.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dijadual mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di sini pada 2.30 petang.

Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN mulai 1 Jan daripada Myanmar.

Bertemakan “Rakyat Kita, Komuniti Kita, Visi Kita”, wawasan Malaysia sepanjang menyandang jawatan pengerusi ASEAN ialah untuk mewujudkan ASEAN yang berpaksikan rakyat bagi semua sektor masyarakat dalam aktiviti kumpulan serantau itu.

ASEAN dianggotai oleh Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori