MENARIK sekali kupasan saudara Al Irfan Jani di laman Facebook mengenai budaya ‘bekal’ dalam kalangan murid sekolah yang kami kira agak jarang dibincangkan pada masa kini.
Tidak dinafikan semakin ramai ibu bapa yang mengambil ringan perihal makanan anak-anak mereka di sekolah.
Hanya dengan memberi wang saku, anak-anak diharapkan membeli apa sahaja makanan yang mereka ingini sewaktu sesi rehat tanpa mengambil kira faktor negatifnya.
Faktor negatif yang dimaksudkan bukan sahaja melibatkan pembaziran wang tetapi juga dari segi masa dan kepayahan yang mereka hadapi.
Aduhai, bayangkan betapa kasihannya anak-anak kita terutama yang baru memasuki darjah satu terkocoh-kocoh berlari ke kantin sekolah semata-mata mahu elak berbaris panjang membeli makanan selain bimbang tidak sempat makan kerana waktu sesi rehat yang pendek.
Sudahlah begitu, makanan hari ini boleh dikatakan mahal harganya dan adakala rasa tak berbaloi dengan apa dibayar.
Apapun, kami harap dengan perkongsian pandangan Al Irfan Jani ini, para pembaca yang bergelar ibu bapa akan mula mempertimbangkan untuk menyediakan bekal khas buat anak-anak mereka ke sekolah selepas ini. -MYNEWSHUB.CC
***************************************************************************************************************
1. Pagi tadi dibincangkan di dalam televisi, betapa bobroknya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif.
2. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah polos, suci, alami perkara-perkara di bawah:
3. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.
4. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, “Dua, seringgit,” sedangkan boleh diberitahu harga seunit “Satu, lima puluh sen.”
5. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.
6. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.
7. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan. T_T
8. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.
9. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.
10. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.
11. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T
12. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.
13. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
14. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.
15. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.
16. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?ÂÂ
Video Bekal Kreatif Dan Menarik Untuk Anak-Anak
https://www.youtube.com/watch?v=-fg0l_UaXnM