Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kempen ‘Mega Mydaftar’ Terima...

PUTRAJAYA - Kempen 'Mega Mydaftar', bagi membantu setiap rakyat berketurunan India yang tidak...

Kepala Dan Badan Bertemu...

BUKIT MERTAJAM - Kepala yang ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di...

Selenggaraan Jalan Negeri Diperluas...

PUTRAJAYA - Pemberian penyelenggaraan jalan negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya...

Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh...

PASIR PUTEH : Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut setelah terjatuh ke...

JPN Hantar Bas, 200 Sukarelawan Ke Negeri Terjejas Banjir

PUTRAJAYA – Sebuah bas Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berlepas ke Pantai Timur dari sini bersama lebih 200 sukarelawan warga kerja JPN melalui Misi Ihsan Banjir jabatan berkenaan hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPN, Datin Seri Elena Chiang Abdullah yang mengetuai misi berkenaan berkata, bas berkenaan akan berhenti di beberapa lokasi yang sesuai di Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi memberi peluang kepada mangsa banjir membuat permohonan MyKad dan mendapatkan salinan Sijil Kelahiran.

“Mangsa banjir boleh memilih pejabat JPN terdekat untuk mengambil MyKad dan salinan Sijil Kelahiran yang dipohon apabila dokumen berkenaan siap kelak,” katanya kepada pemberita sebelum konvoi misi berkenaan berlepas dari ibu pejabat JPN di sini.

Beliau berkata, warga kerja JPN yang menyertai misi berkenaan adalah mereka yang bertugas di pejabat JPN di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.


“Misi Ihsan Banjir JPN membawa bahan makanan, peralatan memasak, peralatan untuk mencuci dan air mineral. Sebahagian daripada anggota misi ini akan ke Perak sementara yang lainnya ke negeri-negeri di Pantai Timur,” katanya sambil menambah misi berkenaan dijangka mengambil masa seminggu.

Elena berkata, objektif utama misi tersebut ialah membersihkan pejabat-pejabat JPN yang dilanda banjir selain membantu membersihkan kuarters warga kerja JPN dan kediaman penduduk di kawasan sekitar.

Katanya, antara pejabat JPN yang teruk dilanda banjir ialah di Tanah Merah, Kelantan di mana air banjir hampir mencecah bumbung pejabat JPN dan kediaman warga kerja yang berhampiran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori