Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PS5 Sony Akan Dilancarkan...

SAN FRANCISCO - PlayStation 5 (PS5) Sony yang dinanti-nantikan 'penggemar permainan video' akan...

“Tak Pernah Mimpi Dapat...

PEKAN - "Tak pernah mimpi dapat rumah selesa sebegini, apa lagi mimpi pemimpin...

Aktivis PH Gesa Mansuh...

PEGUAM dan aktivis Pakatan Harapan (PH) mendakwa sistem Raja Berperlembagaan tidak lagi relevan...

UiTM Terus Kekal Untuk...

KEKAL... Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan tetap mengekalkan dasar kemasukan pelajarnya untuk Bumiputera...

JPN Keluarkan Perakuan Kematian Mangsa MH370

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersedia mengeluarkan perakuan anggapan kematian ke atas mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 selepas menerima perintah mahkamah.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Sulaiman Keling berkata, perkara itu merupakan tanggungjawab JPN yang perlu dilaksanakan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“JPN ingin menjelaskan peranan dan tanggungjawabnya berikutan pengumuman Jabatan Penerbangan Awam (DCA) semalam yang mengisytiharkan (kehilangan) pesawat MAS MH370 adalah satu kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggap telah kehilangan nyawa.

“Pihak JPN bertanggungjawab mengeluarkan perakuan anggapan kemaian setelah menerima perintah mahkamah yang dikemukakan oleh waris. Permohonan perinta mahkamah ini perlu dibuat berdasarkan SOP ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman semalam mengumumkan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 secara rasminya diisytiharkan terlibat dalam satu kemalangan yang mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapalnya. – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori