SINGAPURA – Seorang wanita Melbourne menyaman syarikat penerbangan AirAsia selepas insiden pramugari terjatuh di atasnya sehingga mencederakan kaki.
Erin Crocker,36, menaiki pesawat tersebut dari Thailand pada 4 April tahun lalu ketika penerbangan berdepan dengan masalah gegaran udara sebelum dia terjatuh ke lantai.
Pramugari terbabit hilang pertimbangan dan jatuh ke atas kaki kanan Croker sehingga mendatangkan kecederaan dan memerlukan rawatan pembedahan, jelas laporan Herald Sun.|
Croker mengalami keretakan tulang, kecederaan ligamen dan pembentukan darah beku sehingga memaksa dia bercuti panjang.
Dia menuntut ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan, hilang keselesaan hidup, perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan, kata laporan itu .
Sebelum itu, Crocker dilaporkan menolak tawaran pembayaran daripada syarikat penerbangan itu kerana mengambil iktibar daripada insiden penerbangan AirAsia Indonesi Qz8501 pada 28 lalu.
“Crocker tidak mahu meneruskan tuntutannya apabila dia mengetahui mengenai kemalangan QZ8501, tetapi kini dia bertekad untuk berjuang,” jelas peguamnya, Nancy Yonan.
AirAsia tidak memberi respons terhadap laporan itu. – mStar Online