Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Kedah Harap Bajet...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berharap...

Marah Punya Pasal… Suami...

SABAK BERNAM - Seorang suami tidak dapat menahan marahnya apabila mengetahui isterinya dirogol...

6 Tindakan Perkhidmatan Kesihatan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan bakal melaksanakan enam tindakan bagi menangani pelbagai isu...

Rasakan… Padah Kutuk Orang...

Jarang dah kedengaran semenjak kebelakangan ini, pengguna di laman sosial mengutuk negeri-negeri di...

Kanak-Kanak Ditembak Bapa Di Kepala Sempat Hubungi 911

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun masih mampu menghubungi talian kecemasan 911 biarpun dalam keadaan parah selepas ditembak di kepala oleh bapanya, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, Jonathon Walker, 34, telah menembak mati seorang lagi anaknya, Kayla Walker, 7, kekasihnya, Shantai Hale, 31, dan ibu kekasihnya, Viola Warren, 62, di kediaman mereka di Queens, New York.

Mayat Shantai dan Hale ditemui bersama dalam sebuah bilik, manakala mayat Kayla ditemui di bilik lain.

Kayla Walker, 7, dan ibunya, Shantai Hale, 31, maut selepas ditembak di rumah mereka di Queens, New York.
Kayla Walker, 7, dan ibunya, Shantai Hale, 31, maut selepas ditembak di rumah mereka di Queens, New York.
Viola Warren, 62, yang juga ibu kepada Shantai turut ditemui mati.
Viola Warren, 62, ibu kepada Shantai turut ditemui mati.

Lelaki itu kemudiannya membunuh diri dengan menembak kepalanya dan mayatnya ditemui di dalam kereta di kawasan hutan berhampiran Lapangan Terbang John F. Kennedy (JFK).

Menurut New York Post, kanak-kanak yang terselamat itu telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Long Island Jewish dan sempat memberi keterangan selama 15 minit kepada polis.

Anggota Majlis Bandaraya New York, Donovan Richards ketika ditemubual menyatakan, Jonathon ada bersama rakan-rakannya sebelum pembunuhan itu.


“Dia kemudiannya memberitahu mahu membeli minuman keras dan pulang ke rumah untuk menonton televisyen bersama keluarga. Kami tak tahu apa yang membuatkan dia bertindak sebegitu apabila balik ke rumah,” katanya.

-MYNEWSHUB.CC

Kediaman keluarga Jonathon Walker di Queens, New York.
Kediaman keluarga Jonathon Walker di Queens, New York.

Rakaman Audio Kanak-Kanak Hubungi 911 

Oleh: ELZA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori