Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

SPRM Beku Akaun Menteri...

KUCHING - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan beberapa akaun bank...

Pelarian Syria Layak Terima...

KUALA LUMPUR - Pelarian Syria yang akan dibawa ke Malaysia layak menikmati gaji...

Keputusan ‘Tuhan Harun’ Bunuh...

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Dis depan untuk...

Lanjutkan Kuat Kuasa Akta...

SHAH ALAM ā€“ Kerajaan digesa melanjutkan penguatkuasaan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan...

Kapal Singapura RSS Persistence Temui Satu Mayat Nahas AirAsia

Kapal Tentera Laut Republik Singapura RSS Persistence telah menemui satu lagi mayat hari ini ketika operasi mencari dan mengesan mayat serta bangkai pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas 28 Disember lepas.

Mayat itu dikesan pada pukul 7.58 pagi dan berjaya dibawa naik ke atas kapal pada pukul 8.46 pagi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura dalam satu kenyataan.

Ia ditemui dalam kawasan yang diberikan kepada Singapura untuk melakukan pencarian di Laut Jawa itu.

MENARIK – QZ8501 : Polis Indonesia, Interpol Kerjasama Cari Keluarga Co-Pilot

“Pihak Berkuasa Indonesia telah dimaklumkan dan perancangan dilakukan untuk menyerahkan mayat ini kepada mereka,” kata kementerian itu, memetik laporan Channel News Asia.

Sementara itu, kerajaan Indonesia hari ini mengerahkan kapal Tentera Laut mereka yang kontroversi KRI Usman Harun untuk membantu misi mencari dan mendapatkan semula bangkai pesawat AirAsia QZ8501 dan mayat penumpang serta krunya.

Kapal Tentera Laut Indonesia, KRI Usman  Harun. - Foto AFP
Kapal Tentera Laut Indonesia, KRI Usman Harun. – Foto AFP

Laporan berkaitan penyertaan kapal itu dilaporkan oleh media Indonesia Metro TV dan Republika.

Kedua-dua media melaporkan kapal kelas mirip Bung Tomo iaitu kapal korvet itu dilengkapi dengan sistem pengesan bawah permukaan air dengan teknologi sonar.


Kontroversi kapal itu ialah apabila nama yang diberikan sebenarnya bersempena dengan dua suspek pengebom restoran McDonald House iaitu Usman Mohamed Ali dan Harun Said sehingga mencetuskan ketegangan antara Singapura dan Indonesia Februari tahun lepas.

Peristiwa itu telah menyebabkan Singapura menghantar Nota Pihak Ketiha iaitu sebuah nota biasa diplomatik kepada Indonesia meluahkan kekesalan berikutan nama yang dipilih itu.

Dalam kejadian letupan bom itu, tiga orang maut manakala 33 orang cedera apabila dua anggota marin tentera Indonesia mengebom bangunan itu pada tahun 1965.

Kedua-dua anggota itu kemudian didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada tahun 1968, biarpun ada campurtangan daripada bekas Presiden Indonesia Suharto. – MYNEWSHUB.CC

Video Pengebumian Jenazah Mangsa Nahas QZ8501 Hayati Lutfiah

http://youtu.be/2aDDACsKz8s

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori