Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sederet 8 Rumah Kedai...

PORT DICKSON - Sederet lapan buah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan...

Lelaki Mati Pucuk Potong...

DIA sendiri yang mati pucuk, ada hati nak menyalahkan si isteri dan sanggup memotong...

Belum Ada Keputusan Cukai...

KUALA KANGSAR - Belum ada sebarang keputusan untuk mengenakan cukai terhadap minuman bergula,...

Jangkitan Virus Zika Tempatan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 61 tahun di Sabah merupakan kes jangkitan...

Kartunis Ujang: Jangan ‘Main Api’ Dengan Perkara Agama

“INI warning jelas kepada kartunis sendiri.

“Perkara ini bukan baru berlaku namun sudah lama disedari dan tidak harus diambil remeh,” demikian komen kartunis terkenal Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon ketika diminta mengulas insiden serangan tembakan di pejabat media satira, Charlie Hebdo di Paris, Selasa (waktu tempatan) lalu.

“Jangan ‘main api’ dengan perkara agama, apa yang berlaku di Paris itu harus dijadikan teladan,” katanya, memetik laporan Astro Awani.

Menurut Ujang, banyak isu lain yang boleh diketengahkan antaranya kartun berbentuk humor sosial dan kemasyarakatan tanpa menyelitkan sebarang unsur yang boleh disifatkan sebagai sensitif untuk mana-mana agama dan negara di seluruh dunia.


“Banyak isu lain yang boleh dibuat selain agama, mereka (kartunis) boleh melukis dan berjenaka mengenai kehidupan sehari-hari, budaya masyarakat dan pelbagai lagi dengan syarat tidak melanggar adab dan batas,” katanya.

Dalam serangan itu, 12 terbunuh termasuk dua anggota polis.

Pihak polis Perancis kini memperketatkan kawalan bagi menjejaki dua dalang serangan itu yang dipercayai adik beradik, Said Kouachi, 34, dan Cherif Kouachi, 32. – MYNEWSHUB.CC

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori