KASIHAN sungguh kami membaca rayuan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kamarulzaman Mahmad Khairai kepada individu yang telah mencuri barangan miliknya menerusi akaun Facebook pada 29 Disember lalu.
Dia bukan sahaja kehilangan komputer riba, telefon bimbit dan barangan berharga, tetapi juga laporan projek tahun akhir yang sudah diusahakannya selama setahun.
Lebih memeritkan, pada masa sama, dia juga berdepan kerisauan mengenangkan nasib keluarganya di Pahang berikutan bencana banjir.
Pendek kata, dugaan datang bertimpa-timpa buat Kamarulzaman.
Nasihat kami, banyakkan bersabar dan berdoalah semoga harta yang hilang itu akan dipulangkan kembali.
Kepada si pencuri, anda bukan sahaja melakukan perbuatan yang amat keji kerana mencuri di surau, tetapi turut memperjudikan nasib dan masa depan mangsa.
Jangan sampai ditimpa kifarah daripada Allah S.W.T di dunia baru nak menyesal ya..! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA