KOTA KINABALU – Pengarah Jabatan Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok menafikan kononnya agensi itu akan mengadakan aktiviti lelong telefon bimbit jenis iPhone pada Isnin ini (19 Jan), bermula jam 8 pagi, di Pelabuhan Kota Kinabalu.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Janathan berkata maklumat yang disebarkan di media sosial berkenaan mendakwa konon telefon bimbit itu dirampas Kastam kerana tidak bercukai dan dijual pada harga RM20 seunit.
Janathan menegaskan bahawa Kastam Sabah tidak pernah melantik mana-mana individu menguruskan eksibit atau barangan rampasan agensi itu apa lagi untuk dijual kepada orang awam. – BERNAMA