Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Peniaga Dipukul Akibat Tidak...

PETALING JAYA: Seorang peniaga cedera dipukul gara-gara kehadirannya di Medan Selera Bunga Tanjung,...

Jemaah Haji Yang Ditemui...

SEPANG - Jemaah haji Malaysia, Abdul Muluk Ishak, yang ditemui selepas dilaporkan hilang...

Pembukaan Sekolah Berfasa Petunjuk...

KUALA LUMPUR - Pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat mulai 3 Oktober mengikut fasa...

Atlet Memanah Diberi Tempoh...

KUALA LUMPUR - Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) memberi tempoh dua minggu kepada...

‘Kaum Makin Terpisah, Bapa Pasti Terkejut’ – Nazir Tun Razak

TANGGAL 14 Januari 2015, genaplah 39 tahun pemergian Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang meninggal dunia pada tahun 1976 di London akibat penyakit Leukemia.

Memetik laporan portal The Malaysian Insider, anak bongsu kepada Tun Razak iaitu Datuk Seri Nazir menggesa supaya satu Majlis Perundingan Negara ditubuhkan, seperti mana yang telah dilakukan bapanya dahulu ketika menangani peristiwa 13 Mei 1969.

nazir_razak_L

Inisiatif tersebut diutarakan beliau setelah satu soalan diajukan portal berkenaan kepadanya iaitu ‘hasrat yang akan disampaikan bapanya andai beliau boleh bercakap kepada rakyat Malaysia hari ini’.

Saya fikir beliau mungkin kata ini adalah masanya menubuhkan satu lagi Majlis Perundingan Negara seperti yang dlakukannya pada 1970 bagi membincangkan isu kritikal mengenai mengekalkan keharmonian dan menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.”

Namun demikian, beliau yakin, dengan situasi pasang surut hubungan antara kaum kini, Allahyarham pasti kecewa.

Saya yakin, beliau akan terkejut kerana pada tahun 2015, kaum dan agama semakin memisahkan rakyat Malaysia berbanding zamannya.”


SLK13_151113_CHOGM

Tun Razak yang mendapat gelaran Bapa Pembangunan, memegang tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia selama enam tahun, dari 1970 sehingga 1976.

Berkahwin dengan Tun Rahah Mohammad Noah, pasangan tersebut dikurniakan lima orang anak, termasuk Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib. Al-fatihat buat Allahyarham Tun Abdul Razak. - MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Rancangan Khas Menyingkap Latar Belakang Perdana Menteri Malaysia Kedua – Tun Abdul Razak Hussein

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori