SYDNEY â€â€Ã‚ Biasanya laman sosial sering digunakan untuk mencari anak hilang, kereta dicuri atau kucing gagal balik ke rumah, tetapi Menteri Luar Australia, Julie Bishop juga memanfaatkan media sosial dengan lebih luas.
Kali ini, ahli parlimen kawasan Curtin di negeri Australia Barat itu menjadikan laman Twitter menerusi akaun peribadi beliau untuk meminta bantuan daripada para pengguna maya di seluruh dunia bagi mencari anting-anting miliknya sendiri. ÂÂ
Dalam satu program bual bicara secara langsung dengan stesen televisyen tempatan Sky News pada Isnin, Julie menyedari kehilangan sebelah anting-anting ketika ditanya pengacara sejurus selesai rancangan itu ekoran respons daripada penonton.
Terkejut dengan keadaan aib tersebut, beliau yang dilantik menganggotai jemaah Kabinet Australia oleh Perdana Menteri, Tony Abbott pada 2013 lalu segera mengirim posting melalui akaun rasmi Twitter dirinya @JulieBishopMP.
“Hi Twitter, saya kehilangan anting-anting di Martin Place dekat stesen Sky News di Sydney, hari ini – jika ada yang menemukan, sila telefon 02 62777500,” tulis Julie yang kemudian terus pula menerima respons ramai pengguna laman tersebut.
Ada pengikut Twitter itu secara berjenaka sempat bertanya apakah ganjaran yang bakal diterima sekiranya berjaya menemui semula anting-anting Julie, namun beliau segera membalas untuk cari dahulu kemudian baharu cerita soal hadiah.
Peguam yang berusia 59 tahun itu merupakan wanita pertama dilantik menjadi Menteri Luar Australia namun, beliau bukanlah asing dalam dunia politik tempatan kerana pernah menjadi menteri pada era Perdana Menteri, John Howard. – Agensi