Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

APMM Nafi Turunkan Jalur...

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak hari ini menafikan dakwaan...

RM200 Juta Untuk Amanah...

LANGKAWI - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyasarkan untuk memberi pinjaman mikro kredit kepada...

Kempen BMF Boleh Makan...

KUALA LUMPUR - Kempen pengguna mengutamakan produk keluaran Muslim (BMF) yang sedang digerakkan...

Majlis Ekonomi Digital Bantu...

KUALA LUMPUR - Majlis Ekonomi Digital di bawah Unit Perancang Ekonomi (UPE) dibentuk untuk...

Tak Mengaku Hina Islam, Eric Paulsen Didesak Mohon Maaf

MELALUI laman mikro Twitter peribadinya pada Sabtu, Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty Malaysia, Eric Paulsen, mengeluarkan kenyataan ‘berani mati’ apabila secara melulu mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat.

Logiknya, semua sedia maklum bahawa setiap hari Jumaat, seluruh muslimin akan mengerjakan kewajipan solat Jumaat yang didahulukan dengan khutbah menggunakan teks disediakan oleh jabatan kerajaan itu.

[WAJIB BACA INI: JAKIM Promosi Fahaman Ekstremis Setiap Jumaat – Eric Paulsen]

Maka, banyak pihak menghentam Eric yang dilihat cuba bermain api kerana mengeluarkan kenyataan tersebut apatah lagi mengaitkannya dengan ibadat umat Islam.

Mungkin selepas dikritik hebat baru sedar status dimuatnaik olehnya keterlaluan, Eric bertindak memadamkan tweet tersebut. Sebagai ganti dia menulis mesej baharu di Twitter, yang dilihat sebagai cubaan menafikan dia telah menghina Islam.

Ya, mungkin dia seorang peguam namun tindakan tidak bijaknya sebelum ini sudah terlambat untuk dibetulkan lagi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!

Untitled (10)

Cuba untuk memutarkan kembali fakta yang diperkatakan sebelum ini, Eric memberitahu kononnya tweet sebelum ini merujuk kepada JAKIM sebagai sebuah badan kerajaan, justeru kritikan itu ditujukan pada badan tersebut dan tidak bermaksud menghina Islam.


Retorik Paul walau bagaimanapun gagal menjernihkan amarah orang ramai kerana ruangan komen di laman Twitternya dibanjiri dengan luahan ketidakpuasan hati, termasuk dari individu bukan Islam.

Untitled (11)

Nampaknya, makin lama makin jelas bahawa keputusan kerajaan pusat untuk mengekalkan Akta Hasutan merupakan tindakan bijak.

Jika tidak makin ramai manusia jenis lidah bercadang macam Eric akan muncul sekaligus membahayakan keharmonian negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Dakwaan Eric Paulsen Tentang Ratusan Tahanan Mati Ketika Ditahan Polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori