Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Belanjawan 2019 Tidak Terperinci...

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan Belanjawan...

Sebanyak 30 Sekolah Dibina...

SANDAKAN - Sabah dijangka menerima 30 buah sekolah baharu hujung tahun ini yang...

Polis Edar Lakaran Wajah...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang...

Analisis Liew Chin Tong...

KUALA LUMPUR - Analisis Anggota DAP, Liew Chin Tong mengenai perancangan strategik Datuk...

Keluarga Mangsa Bot Karam Kecewa Lambat Tahu Berita

KELUARGA warga Malaysia, Cheong Kin Chin yang juga mangsa tragedi bot tunda yang karam di Sungai Yangzte di China kecewa apabila majikannya lewat memaklumkan mereka mengenai tragedi itu.

Cheong, 55, bekerja sebagai seorang Eksekutif Teknikal dengan syarikat berpangkalan di Singapura merupakan antara 22 orang yang terkorban apabila kejadian itu berlaku.

Gambar mangsa warga Malaysia, Cheong Kin Chin.
Gambar mangsa warga Malaysia, Cheong Kin Chin.

Kekecewaan diluahkan kakaknya yang ingin dikenali sebagai Madam Yang yang berkata keluarganya melihat berita mengenai kejadian itu di televisyen tetapi tidak tahu bahawa Cheong merupakan seorang daripada mangsa.

BACA JUGA – Mayat Mangsa Bot Karam Tiba Di KLIA Semalam 

“Kami agak bimbang kerana dia berada di China tetapi kami tidak tahu dia adalah mangsa tunggal dari Malaysia yang meninggal dunia dalam tragedi itu.

“Dan apabila kami akhirnya mendapat berita itu, kami terkejut tanpa dapat berkata apa-apa,” katanya.

Menurut abang ipar Cheong, Yang Peng Seng, 61,, mayat mangsa telah dibawa ke sebuah kuil Tao di Seremban kelmarin sebaik sahaja ia tiba dai China.

“Dia akan dibakar pada Ahad (hari ini),” katanya.

Lebih menyayat hati, kali terakhir keluarga bertemu dengan Cheong ialah semasa perayaan Tahun Baru Cina dan Qing Ming kira-kira setahun lepas.


“Dia tidak selalu balik tetapi apabila dia balik, dia akan balik untuk tempoh tertentu,” kata Peng Seng, sambil menambah Cheong masih bujang.

Cheong, tinggal di China sejak lima tahun yang lalu.

“Dia kadang-kadang menghubungi kami dan kakaknya yang berpangkalan di London,” katanya.

Dalam kejadian itu, 25 orang yang berada di atas bot tunda berkenaan ketika ia menjalani ujian.

Lapan daripada mereka ialah pekerja warga asing, termasuk Cheong, empat warga negara Singapura, seorang warga warga Indonesia, Jepun dan India. – MYNEWSHUB.CC

Video Sebuah Bot Restoran Karam Di China Pada Tahun 2011

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori