Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Zahirkan Semangat Cinta Negara...

KUALA LUMPUR - Inisiatif golongan muda dalam menyumbang tenaga dan bantuan fizikal kepada​...

Tiada Syarikat Mohon Guna...

KUALA LUMPUR - Tiada syarikat yang memohon dengan Kementerian Kesihatan setakat ini untuk...

Najib Akui Hubungi Anwar...

SHAH ALAM - Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa...

SPAD Rekod 4,876 Kes...

SUNGAI PETANI - Sejumlah 4,876 kes pelanggaran undang-undang melibatkan pelbagai kesalahan di jalan...

Kem.Pendidikan Disaran Sedia Buku Garis Panduan PT3

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan disaran menyediakan buku garis panduan lengkap yang mengandungi maklumat terperinci berkaitan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi membolehkan ibu bapa serta pelajar lebih memahami pelaksanaan peperiksaan itu.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata antara kandungan yang perlu dinyatakan dalam buku berkenaan ialah mengenai kaedah penilaian dan pentaksiran PT3 dilaksanakan.

“Penerangan jelas bagaimana guru membuat pemarkahan perlu dimaklumkan kepada ibu bapa dan pelajar dan ia termasuklah ciri-ciri jawapan yang diambil kira,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berpendapat penerangan itu selain dapat memberi kefahaman, ia juga dapat mengelak timbulnya anggapan sama ada guru berat sebelah atau bias dalam memberi pemarkahan.

Mohamad Ali berkata buku itu juga perlu menyatakan dengan jelas mengenai tempoh atau jangka masa penilaian terhadap pelajar agar ibu bapa dapat membuat persediaan.

Beberapa contoh soalan dan jawapan turut disaran dimuatkan dalam buku garis panduan berkenaan yang serba sedikit boleh membantu ibu bapa dan pelajar memahami kehendak sebenar PT3.

Menurutnya, ibu bapa juga perlu dimaklumkan bagaimana keputusan peperiksaan itu digunakan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan bagaimana ia diambil kira bagi menentukan kerjaya pelajar.

“Masih ramai ibu bapa tidak faham mengenai perbezaan PT3 dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan ia perlu diterangkan kerana ibu bapa selama ini sudah terbiasa dengan pendekatan orientasi peperiksaan,” katanya.

Selain itu, mungkin juga boleh dimasukkan bentuk sokongan yang boleh diberi ibu bapa dan penjaga dalam membantu memastikan bukan sahaja pelajar malah guru bersedia dengan PT3, ujar beliau.

PT3 yang dilaksanakan buat pertama kalinya tahun lepas menyaksikan seramai 453,4123 calon menduduki peperiksaan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara.


Peperiksaan itu bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai satu usaha kerajaan memansuhkan sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan.

PT3 ditaksir melalui empat komponen iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan PT3. Format soalan PT3 adalah berbentuk subjektif atau respons terbuka.

Mohamad Ali berkata kementerian juga perlu tegas memastikan guru-guru diberi latihan dan dilengkapi pemahaman secukupnya.

Selain itu, guru-guru perlu diberi penilaian secara berkala dan pemeriksaan secara adhoc ke setiap sekolah bagi mengetahui tahap kesediaan serta keupayaan setiap guru, katanya.

“Kita tidak mahu ibu bapa terus merungut kerana mendapati tenaga pengajar belum bersedia sepenuhnya. Semua kelemahan perlu diatasi segera bagi memastikan PT3 tahun ini dapat dilaksanakan dengan ‘zero defect’ (kesilapan sifar),” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof. Madya Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar berkata PT3 mampu melahirkan pelajar yang mahir berfikir, bukan sekadar menghafal jawapan.

“Kelemahan pada peringkat awal pasti ada dan sudah tentu kementerian akan berusaha mengatasi perkara itu namun ia juga menuntut perubahan sikap ibu bapa serta pelajar,” katanya.

Junaidi berkata PT3 membantu menyediakan anak-anak mereka berdepan suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi kerana pelajar akan dididik untuk berfikir di luar kotak serta tahu cara menggunakan sumber-sumber lain untuk mendapatkan ilmu.

“Ibu bapa usah gusar, garis panduan telah disediakan dan guru-guru sudah diberikan penerangan serta latihan…jangan jadikan kekurangan sebelum ini untuk menafikan kelebihan yang bakal dinikmati pada masa hadapan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori