Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

AzuraTheLegend #YamahaRD250

1984 tahun istimewa sepatutnya. Tanggal 1 Syawal jatuh pada 30 Jun - Hari...

Video: Telur Dadar Dari...

BOSAN dengan menu yang sama seperti telur ayam dan telur itik? Apa kata...

173 Mangsa Banjir Dipindahkan...

MELAKA - Lapan pusat pemindahan dibuka di Alor Gajah dan Jasin bagi menempatkan...

Kerajaan BN Terbukti Mampu...

PASIR SALAK – Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti mampu memenuhi keperluan rakyat dengan...

Kemasukan Ikan Keli Luar Jejas Penternak Terengganu

SETIU – Penternak ikan keli di Terengganu merasa bimbang dengan kemasukan ikan itu dari luar.

Pengusaha terbesar ternakan ikan keli di negeri ini, Zakaria Harun berkata ketika ini kira-kira 1,000 penternak kecil-kecilan di seluruh Terengganu mengeluh kerana harga ikan yang dibawa masuk jauh lebih rendah.

“Ini berikutan ladang ternakan misalnya di Selangor yang diusahakan secara besar-besaran ingin menghabiskan stok mereka bagi membolehkan benih ikan keli yang baru dimasukkan ke dalam kolam ternakan mereka bagi pasaran musim bulan puasa akan datang untuk mendapat harga lebih baik,” katanya.

Beliau juga berkata beliau difahamkan antara 1,000 hingga 2,000 tan ikan keli dari negeri lain akan dibawa masuk ke pantai timur bulan depan.

Di Terenggnau, ikan keli dari luar dipasarkan di pasar tani sekitar Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu sehingga ikan keli tempatan tidak mendapat sambutan kerana harganya yang tinggi,” katanya.


Sementara itu Zakaria yang juga wakil usahawan penternak ikan keli halal Malaysia berkata pengeluaran ikan keli perlu dipantau dari segi kebersihan dan halal haram.

Beliau berkata oleh itu penternaknya perlu mendaftar dengan Jabatan Perikanan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan agar pemantauan mudah dilakukan.

“Kita tahu sesetengah penternak berskala besar di pantai barat memandang mudah dengan bahan makanan yang diberikan kepada ikan mereka asalkan mereka mendapat untung lumayan,” katanya.- BEERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ikan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori