Kematian melibatkan adik Mohammad Zulhazriq rupa-rupanya adalah kematian kedua di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara selepas satu lagi kematian dengan jalan cerita sama berlaku tahun lepas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan berkata setahun lepas seorang kanak-kanak juga jatuh dari tingkat 14 di blok lain sehingga menyebabkan kematian.
Kira-kira pukul 4 petang tadi, adik Mohammad Zulhazriq atau Aziq jatuh dari tingkat enam, blok B, pangsapuri yang sama.
BACA JUGA – Darah Adik Aziq Di ‘Tangan’ Azmin Ali
Menurutnya, aduan yang dibuat oleh penduduk PPR berkenaan sudah lama berkaitan jeriji besi yang cepat reput dan berlubang tetapi kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali seperti tidak melakukan apa-apa yang benar-benar berkesan.
Halimaton Saadiah berkata, esok beliau akan membuat aduan rasmi kepada pihak pengurusan PPR berkenaan iaitu Perumahan dan Hartanah Selangor (PHSSB) untuk mengambil tindakan segera.
“Saya nak gesa supaya PHSSB mengambil tindakan segera ke atas permasalahan yang dihadapi melibatkan infrastruktur pangsapuri PPR itu.
“Kejadian yang sama dah berlaku dulu PPR di tingkat 14, jatuh juga disebabkan railing (jeriji besi) reput.
“Tepat setahun, kejadian berlaku disebabkan kerajaan negeri tidak mengambil tindakan cepat,” katanya kepada Mynewshub.cc ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.
Ketika ditanya tiadakah tindakan dari kerajaan negeri biarpun Exco Perumahan Negeri Datuk Iskandar Abdul Samad dan Azmin Ali sudah melawat PPR itu, beliau memaklumkan penduduk sudah memberitahunya berkaitan perkara itu.
“Penduduk dah maklumkan benda yang sama. Takkan nak tunggu beberpa nyawa lagi terkorban baru hendak bertindak,” soalnya.
(DISYORKAN BACA – Budak 5 Tahun Maut Jatuh Tingkat 6 Akibat Balkoni Berlubang)
Menurut penduduk, pihak bertanggungjawab ada melakukan proses membaiki jeriji berkenaan tetapi hanya di tingkat yang terletak di bahagian atas pangsapuri dan tidak di pertengahan pangsapuri PPR itu.
Halimaton juga komited untuk membuat aduan kepada Exco Negeri yang bertanggungjawab iaitu Iskandar untuk satu tindakan drastik segera dibuat.
“Saya nak buat aduan direct kepada Exco yang bertanggungjawab, apa tindakan drastik yang akan dibuat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ