Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

“Sebelum Dihina, Lebih Baik...

SELEPAS sembilan tahun bergelumang sebagai pelawak dengan menjuari program Raja Lawak pada 2004,...

Ahmad Dhani Cerita Mengapa...

KALAU bercakap tentang gosip yang sedang hangat dibicarakan peminat seni muzik Indonesia, isunya...

2 Mati Termasuk Bunuh...

KUALA SELANGOR - Dua maut termasuk seorang daripadanya bunuh diri selepas terlibat dalam...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit mencatatkan penurunan sekali lagi apabila dibuka rendah pagi ini...

Kementerian Kesihatan Nafi Vaksin HPV Tidak Selamat

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan meminta ibu bapa tidak berasa bimbang untuk membenarkan anak perempuan mereka mengikuti Program Imunisasi HPV Kebangsaan berikutan penyebaran berita luar negara mengenai imunisasi HPV yang didakwa tidak selamat.

Pengarah Kawalan Penyakit, Dr. Chong Chee Kheong berkata, penyebaran berita kononnya lebih 200 remaja Colombia mengalami gejala pucat, letih lesu dan pengsan selepas menerima imunisasi itu tidak tepat.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan telah menyemak butiran insiden tersebut dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Hanya 11 kes sahaja disahkan pihak perubatan Colombia.

“Kementerian Kesihatan Colombia menyatakan tiada bukti kukuh mengaitkan gejala tersebut dengan vaksin HPV. Satu badan berkecuali yang menjalankan siasatan ke atas kejadian itu pula membuat kesimpulan bahawa gejala-gejala yang dialami adalah `mass psychogenic response’ kepada imunisasi.

“Keadaan sama pernah dialami di Australia apabila 26 remaja mengalami pening, pitam dan gejala neurologi. Hanya empat kes sahaja dimasukkan ke wad tetapi semua pulih tanpa komplikasi. Langkah pencegahan yang dijalankan bagi mengelakkan gejala tersebut adalah imunisasi diberi dalam keadaan murid duduk dan mereka diletakkan di bawah pengawasan selama 15 minit selepas diberi imunisasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Chee Kheong menjelaskan, melalui Program Imunisasi HPV Kebangsaan, vaksin HPV diberikan kepada remaja perempuan berumur 13 tahun di sekolah sejak tahun 2010.

Kata beliau, sebanyak 3.45 juta dos vaksin HPV telah digunakan dengan 60 peratus daripadanya adalah vaksin HPV quadrivalent dan tiada kesan sampingan dengan gejala yang serupa seperti dilaporkan di Colombia berlaku di negara ini.

“Justeru, saya menyeru semua ibu bapa untuk mengambil peluang dari Program Imunisasi HPV Kebangsaan ini dengan memberi izin anak perempuan kesayangan mereka diberi imunisasi HPV.

“Ia bagi melindungi mereka dari jangkitan HPV16 dan HPV18 dan seterusnya mencegah dari mendapat kanser servik,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori