Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

KKM Anjur Pertandingan Kempen...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan kempen cegah kecelaruan gender membabitkan Lesbian, Gay, Biseksual dan...

Kenaikan Kes COVID-19 Sudah...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian penularan COVID-19 di Malaysia kini mengikut trend persamaan...

Malaysia Diaibkan Oman 6-0...

SKUAD Harimau Malaya nyata bukan lawan Oman selepas diaibkan dengan kekalahan 6-0 pada...

UPSI Universiti Pertama Dilantik...

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi universiti pertama di Perak...

Kemuliaan Hati Zamani – Anggaplah Isu Video Selesai

Orang kata… kalau kita memaafkan seseorang yang berbuat salah kepada kita, air muka kita tidak akan jatuh dan bukan dilihat sebagai mengalah.

Mungkin itulah yang boleh dikatakan terhadap bekas vokalis Slam, Zamani yang namanya panas sejak beberapa hari lalu apabila video klip dia menyanyi lagu popularnya sambil bergari di sebuah balai tersebar.

Dia asalnya ditahan atas kesalahan berkaitan dadah.

Rata-rata peminat dan bukan peminat senada meluahkan rasa marah terhadap pasukan polis yang dikatakan dalang kepada tindakan merakam dan menyebarkan video itu.

Nasib baik Ketua Polis Negara bersikap open dan pantas mengarahkan siasatan dilakukan terhadap pihak yang melakukan tindakan itu. Beliau tidak mengambil pendekatan mempertahankan anggotanya yang jelas-jelas salah dalam isu itu.

Umumnya orang ramai marah kerana aib dan maruah Zamani seolah-olah dipermainkan oleh anggota polis yang menahannya.

Malah ada yang melihatnya sebagai tindakan membuli tahanan.

(Disyorkan baca : Shah Slam Buka Rahsia Bongkar Sikap Zamani Sebenar!)

Hakikatnya, apa yang berlaku mungkin budak polis yang menahan Zamani tu pun peminat dia dan meminta agar menyanyikan salah satu kegemarannya.

Bukan budak polis tu pukul atau maki hamun Zamani… cuma mintak seorang penyanyi dengan suara yang begitu merdu menyanyikan sebuah lagu.

Silapnya benda itu dirakam dan menjadi kesilapan yang lebih besar sehingga ia tersebar.

Hampir yakin 100 peratus bebudak polis tu pun bukan dapat apa-apa keuntungan duit dengan tersebarnya video itu.

Senario mudah… tahan artis… mintak nyanyi lagu….tu aje…

Dalam hal ini, salah bebudak polis tu memang ada… tetapi bukanlah dosa yang terlalu besar pun.

Namun, yang hebat dalam isu ini adalah Zamani sendiri.


Mungkin dia ada isu dadah tetapi sikap dia yang lain memang harus dipuji.

Langsung tidak memperlihatkan rasa dendam.

Malah, kalau dilihat kepada kenyataan-kenyataan yang dibuatnya, ternyata Zamani begitu bersungguh bukan sekadar memaafkan bebudak polis yang merakam video itu, malah merayu mereka tidak dikenakan sebarang tindakan.

Secara jujur, penulis pun bersetuju.

Bukanlah terlalu besar kesalahan mereka. Bukan ambil rasuah atau bunuh orang..silap mereka hanyalah merakam nyanyian artis kesayangan mereka di telefon bimbit…. itu aje.

Kalau empunya tubuh (Zamani) sendiri tak mahu membesarkan isu itu dan berharap mereka tidak dikenakan tindakan, maka tidak ada keperluan pun untuk isu itu dilanjutkan.

Sikap pemaaf dan mulia hati Zamani sepatutnya menjadi titik noktah kepada episod panas itu.

Rasanya, dalam isu ini, yang menjadi hero dan juara pastinya Zamani. Penulis yakin, sikapnya itu sudah pasti menambah jumlah peminatnya menjadi berkali ganda.

Cuma kepada polis, ambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Bebudak polis yang terlibat itu mungkin perlu diberikan teguran. Tidak perlu tindakkan yang terlalu tegas memandangkan Zamani secara rela hati memaafkan perbuatan itu.

Wujudkan satu garis panduan yang jelas dan perlu dikuatkuasakan dengan bersungguh yakni polis tidak boleh merakam apa satu perbuatan melibatkan mana-mana tahanan.

Jika tidak… kes Zamani bukan yang pertama dan terakhir yang kita lihat menjadi panas.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori