Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ong Kim Swee Jurulatih...

KUALA LUMPUR - Jurulatih sementara skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee...

Suami Isteri Bancuh Susu...

PETALING JAYA: Suami isteri yang ditahan selepas dikatakan tersilap membancuh susu bayi mereka...

Identiti Mayat Dua Pendaki...

IPOH – Identiti dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Hutan...

Jurutera Romania Meninggal Dunia...

KOTA KINABALU - Seorang jurutera warga Romania disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan pengsan...

“Kenapa Polis Tidak Tahan Mashitah, Ibrahim Ali?” – Guan Eng

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa pihak polis mengamalkan sikap `double-standards’ kerana menahan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia, Eric Paulsen tetapi tidak menahan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Datuk Ibrahim Ali.

Beliau mendakwa, kedua-dua individu itu pernah membuat kenyataan berbaur hasutan berhubung dakwaan pembakaran Al-Quran di Kedah oleh kaum tertentu dan seruan supaya membakar Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran supaya tidak mempolitikkan penahanan Eric untuk memastikan ketenteraman awam. Jika begitu Ketua Polis Negara perlu menjelaskan kenapa tidak menahan Mashitah and Ibrahim,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid hari ini memberi amaran kepada pihak tertentu agar tidak mempolitik atau memanipulasikan isu tangkapan Eric sehingga boleh menjejaskan keselamatan awam.


“Jangan lakukan sesuatu dengan niat jahat dan bersekongkol untuk membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan atas nama kebebasan yang boleh merosak dan menghancurkan fabrik masyarakat majmuk,” katanya. ‘

Khalid berkata, berkata tangkapan yang dibuat ke atas Paulsen adalah tangkapan berlandaskan undang-undang demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masayarakat berbilang bangsa, kaum dan agama.

Eric ssebelum ini mengeluarkan kenyataan menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini pada setiap Jumaat dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori