Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Warga Australia Kapal Layar...

KUCHING - Seorang warga Australia yang kapal layarnya terdampar di perairan cetek kira-kira...

Lebih 46,000 Calon UPKK...

PUTRAJAYA - Seramai 46, 461 daripada 194,258 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas...

PRU-15: PH Lancar Manifesto...

JEMPOL : Pakatan Harapan (PH) akan melancarkan manifestonya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum...

Micheal Ang Dedah Peluk...

KUALA LUMPUR - Pengarah filem dan drama terkenal Micheal Ang mendedahkan telah memeluk...

Kenyataan Gila! Rakyat Berhak Gulingkan Kerajaan…

KUALA LUMPUR – Nampak gaya masih ada pihak tidak berasa gentar dengan peruntukan hukuman ke atas mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan bagi menggulingkan kerajaan.

Sebuah organisasi yang digelar sebagai Badan Amanah TBH demi Demokrasi dengan biadap membuat kenyataan terbuka kononnya rakyat sememangnya berhak untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi aman.

“Badan Amanah TBH Demi Demokrasi berasa kesal dengan keputusan mahkamah aktivis sosial Hishamuddin Md. Rais didapati bersalah dan dihukum denda RM5,000 atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan bagi mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013.

“Kami berpendapat Hishamuddin berhak menyeru rakyat menyertai demontrasi jalanan aman. Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun sekiranya bersifat aman,” dakwa Badan Amanah TBH Demi Demokrasi dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwa kenyataan itu, seruan Hishamuddin untuk mengadakan demonstrasi jalanan secara aman masih dalam lingkungan kebebasan bersuara maka tindakan undang-undang ke atas aktivis itu pula dianggap sebagai zalim dan mencabul hak demokrasi.

Badan Amanah TBH Demi Demokrasi mendakwa contoh terbaik demonstrasi jalanan aman menggulingkan kerajaan ialah peristiwa di Filipina pada tahun 1986 maka menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan aman adalah hak demokrasi rakyat.


Media pada 9 Januari lalu melaporkan aktivis pembangkang, Hishamuddin didenda maksimum RM5,000 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan bagi mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013.

Hakim Azman Mustapha memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Hishamuddin, 64.

Beliau juga memerintahkan aktivis pembangkang itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Hishamuddin membayar denda itu setelah selesai prosiding.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori