Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelakon Watak Buntat Hidap...

SEJAK semalam, pelakon kanak-kanak lelaki yang membawakan watak Buntat menerusi drama 7 Hari Mecintaimu...

Najib Tidak Pernah Buat...

Kuala Lumpur: Pegawai penyiasat dalam kes Datuk Seri Najib Razak yang membabitkan penyelewengan...

Demokrat Kait Bom Dengan...

WASHINGTON - Beberapa anggota tertinggi parti Demokrat melabel ancaman dalam bentuk penghantaran bungkusan...

‘Cleopatra_X3’ Kongsi Gambar Bersama...

SHAH ALAM - Pemilik akaun Instagram, ‘Cleopatra_X3’ hari ini menjadi tumpuan warganet susulan...

Kerajaan Kelantan Perlu Lebih Bertanggungjawab

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehidupan rakyat yang terjejas akibat banjir di negeri ini kembali seperti sedia kala, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata tanggungjawab berkenaan tidak boleh hanya diletakkan di bawah tanggungan kerajaan pusat semata-mata kerana Kelantan adalah di bawah pimpinan PAS.

“Kerajaan Kelantan pimpinan PAS jangan bergantung harap dan jangan letak beban terutama untuk bina rumah yang hanyut, kepada kerajaan pusat semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Pimpinan PERKASA Kelantan di sini, hari ini.

Ibrahim berkata rakyat di Kelantan juga perlu sedar yang kerajaan pusat sentiasa bekerja keras untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.

“Rakyat juga boleh tengok bila berlaku bencana besar … parti mana yang bertanggungjawab dan bertindak segera dengan membina dan membaik pulih serta memenuhi kebajikan rakyat… Umno lebih berupaya,” katanya.


Selain itu, beliau berkata masyarakat juga perlu mengetahui bantuan yang di berikan kepada mereka itu datangnya daripada mana sama ada dari kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri.

“Rakyat Kelantan perlu tahu bantuan yang diterima itu dari mana…(ini kerana) saya diberitahu ketika banjir ada sesetengah tempat bantuan yang diberikan kepada mangsa hanya dari PAS, macam tak ada langsung dari kerajaan pusat,” tambahnya sedangkan kerajaan pusat melalui agensinya bekerja keras menghulurkan bantuan kepada kesemua mangsa banjir.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata dalam menghadapi pasca banjir di Kelantan, pihaknya akan mengadakan program derma darah dalam masa terdekat.

“Kita difahamkan hospital kekurangan darah…tarikh akan kita tentukan nanti,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori