Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRK Tanjung Piai: Calon...

PONTIAN - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng antara...

Kes Rasuah Terbesar Negara,...

KOTA KINABALU - Bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Teo Chee Kong mengaku...

Masyarakat Siam Digesa Tak...

PENDANG - Masyarakat Siam di Kedah diingatkan agar terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu telah...

Pak Lah Hidap Demensia...

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disahkan menghidap demensia atau...

Kerajaan P.Pinang Salur RM4 Juta Kepada FAP Bagi Musim 2015

GEORGETOWN – Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyalur sebanyak RM4 juta kepada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) pada musim 2015.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata sejumlah RM2 juta lagi akan ditambah sekiranya skuad Harimau Kumbang itu berjaya menampilkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Perdana yang akan bermula bulan depan.

“Kita letakkan harapan yang tinggi kepada pasukan ini dan harap mereka dapat kembalikan kegemilangan bola sepak Pulau Pinang dan mencapai hasrat untuk ke Liga Super pada 2016,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jersi Pulau Pinang di sini malam tadi.

Lim yang juga pengerusi PBAPP berkata segala pembiayaan yang dibuat akan diaudit bagi memastikan ia dilaksanakan secara telus dan mengikut prosedur sepatutnya.


Sementara itu Presiden FAP Datuk Seri Nazir Ariff Munshir Ariff berkata pihaknya kini sedang mempergiat usaha pembangunan bakat pada peringkat akar umbi melibatkan peserta berusia lima hingga 19 tahun.

Katanya persatuan itu menyasar untuk membentuk pasukan terdiri daripada anak jati Pulau Pinang menjelang 2018, seterusnya mengupayakan mereka untuk bersaing pada peringkat tertinggi dalam arena bola sepak negara pada masa depan.

“Pencarian bakat akan dijalankan melalui siri latihan, permainan dan pertandingan peringkat sekolah dan kelab yang dijangka melibatkan sehingga 10,000 peserta dari seluruh negeri bermula tahun ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori