Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hasil Kutipan Cukai Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menggunakan hasil kutipan daripada cukai pelancongan yang dikuatkuasakan...

Warga Emas Maut, Kereta...

SITIAWAN - Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok...

3 Rakyat Malaysia Ditahan...

SADAO - Dua lelaki dan seorang wanita rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di...

Peminat Gigih Mahu Jodohkan...

TERASA bagai drama pula apabila membaca kisah pelakon kacak Fahrin Ahmad menerusi Berita...

Kerajaan Perak Akan Kaji Semula Bajet 2015

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan mengkaji semula bajetnya tahun ini sejajar dengan langkah-langkah yang bakal dilaksanakan Kerajaan Persekutuan bagi menghadapi keadaan ekonomi semasa yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan di Putrajaya semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu akan meliputi pelbagai aspek dan sangat penting bagi memastikan ia lebih realistik.

“Kajian semula amat penting…kami perlu melihat kepada langkah-langkah yang lebih realistik dan juga memberikan tumpuan sebenar kepada kutipan hasil,” katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan pasca banjir oleh tiga syarikat kepada kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kajian semula bajet itu akan dimuktamad tidak lama lagi.

Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga terjejas banjir di negeri itu.


“Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk menyalurkan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga dan Kerajaan Perak akan menambah sebanyak RM500 lagi,” katanya.

Beliau berkata sumbangan akan disalurkan kepada kira-kira 1,700 keluarga yang layak menerima bantuan itu.

“Berdasarkan kepada maklum balas mesyuarat yang telah dipengerusi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bina semula rumah yang musnah, sebanyak 26 buah rumah mangsa banjir di Perak akan dibina semula,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori