Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Orang Asli Kuala Koh...

GUA MUSANG - Jabatan Kesihatan Daerah Gua Musang memulakan gerakan memberikan suntikan vaksin...

Sampul Angpau Percuma Ah...

KUALA LUMPUR - Sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut oleh masyarakat Cina...

Isu Palestin: Jews News...

KUALA LUMPUR-Sebuah akaun Facebook berita Yahudi, Jews News, telah menjadi batu api apabila...

Peminat Kecewa Lagu Ernie...

KUALA LUMPUR - Ramai peminat Ernie Zakri kecewa apabila lagu penyanyi terbabit, Misteri,...

Kerajaan Perlu Sedia Hadapi Masa Sukar – MIER

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menggesa kerajaan menyiapkan pelbagai langkah bagi menangani keadaan pada masa sukar.

Pengarah Eksekutif Dr Zakariah Abdul Rashid berkata langkah yang diambil perlu meliputi pelaksanaan berkesan pembaharuan struktur dalam bekalan dan menghapuskan halangan perdagangan dan pelaburan.

“Langkah ini perlu bagi meningkatkan faktor produktiviti, potensi keluaran ekonomi, meningkatkan daya tahan ekonomi untuk bertahan dalam menghadapi kesan ke atas komoditi dari segi kejutan dagangan dan kadar faedah asing ke atas ekonomi,” katanya pada sidang media mengenai Unjuran Ekonomi Suku Keempat MIER di sini hari ini.

Zakariah juga berkata Bank Negara Malaysia perlu meneliti kaitan antara pergerakan harga minyak mentah, kadar tukaran asing, rizab asing, selain tindakan dasar monetarinya.

Kedudukan ini memerlukan penyusunan dan unjuran semula ekonomi bagi meneliti penurunan ketara kadar tukaran ringgit dan penyusutan berterusan rizab asing.

Beliau berkata walaupun proses pelarasan kadar faedah secara berperingkat-peringkat baik ketika waktu biasa, tindakan tegas perlu apabila mengambil kira kejutan luar jangka dalam ekonomi.


“Dasar makro ekonomi perlu diselaraskan bagi memastikan trajektori pertumbuhan menaik dan matlamat Wawasan 2020 dicapai.

“Berikutan dasar monetari masih aktif dalam mengurus kitaran perniagaan jangka pendek, dasar fiskal perlu memberi tumpuan ke atas matlamat jangka masa sederhana dan panjang,” kata Zakariah.

Usaha itu akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur dan mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pengurusan baik makro ekonomi, tambahnya.

“Walaupun akan berlaku kesusahan jangka pendek, manfaat secara menyeluruh mengatasi kos dalam jangka sederhana dan panjang.

“Yang pasti akan ada lebih banyak peluang berbanding risiko yang dikaitkan dengan harga minyak yang rendah. Namun masalahnya ialah kita dilihat sebagai ekonomi yang bergantung kepada minyak, dan kadar ringgit teruk terjejas,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori