Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Zahid Tak Buat ‘U-Turn’...

KUALA LUMPUR - Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad...

PDRM Diundi Bertemu JDT...

KUALA LUMPUR - Pasukan berstatus kelab, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diundi bertemu juara...

Pindaan Akta 164 Progresif,...

KUALA LUMPUR - Pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976...

IS Sahkan Kematian ‘Jihadi...

BEIRUT - Kumpulan militan IS mengesahkan kematian ektremis British 'Jihadi John', yang dikatakan...

Kerajaan Pulau Pinang Mahu Cabar GST Di Mahkamah

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pulau Pinang akan mengkaji sama ada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan Persekutuan yang dijadualkan bermula pada 1 April ini boleh dicabar di mahkamah supaya ditangguhkan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang akan mendapatkan nasihat peguam untuk mengkaji perkara itu yang bertujuan memberi lebih masa kepada rakyat Malaysia untuk bersedia dengan impak negatif daripada pelaksanaan sistem cukai tersebut.

Beliau mendakwa langkah tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang baru-baru ini.

“Pada mesyuarat Exco Pulau Pinang yang lepas, kerajaan Pulau Pinang telah memutuskan untuk berunding dengan peguam untuk mengkaji sama ada pelaksanaan GST boleh dicabar di mahkamah untuk memberi lebih banyak masa kepada rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan kesan negatifnya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Media sebelum ini melaporkan GST yang bukannya satu cukai baharu tetapi sebaliknya penambahbaikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada yang terlalu banyak berlaku ketirisan dan kelemahan sejak dimulakan puluhan tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menegaskan bahawa pelaksanaan GST akan dilaksanakan mengikut jadual pada 1 April 2015. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori