Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jururawat Bunuh 30 Pesakit...

GARA-GARA bosan ketika berada di dalam hospital, seorang jururawat bertindak membunuh 30 pesakit...

3 Lelaki Sumbat Lembu...

KUANTAN - Cubaan tiga lelaki untuk mencuri seekor lembu di Kampung Pantai Sepat...

Kerajaan Tidak Perlu Terikat...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan...

71 Peserta PABM Dirai...

PUTRAJAYA - 71 peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015...

Sedia Pinda SOP Keselamatan Wanita Di Tempat Kerja

PUTRAJAYA – Kerajaan bersedia meminda prosedur operasi standard (SOP) atau mana-mana akta berkaitan keselamatan wanita di tempat kerja bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku terhadap mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kejadian serangan terhadap seorang penjawat awam wanita pada Jumaat lepas harus dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan hasrat kerajaan untuk menggalakkan 55 peratus wanita bekerja di negara ini.

“Bagi saya ini adalah ‘wake-up call’ (peringatan) sebab saya rasa ramai (wanita) yang akan trauma terutamanya bagi pekerja berdedikasi, takut untuk bekerja lebih masa sedangkan kita nak menuju negara maju.

“Jadi, kami akan berbincang dengan semua pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana penambahbaikan SOP sedia ada melibatkan semua kementerian dan agensi kerajaan,” katanya kepada pemberita di Hospital Putrajaya di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau melawat kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang cedera diserang seorang juruteknik lelaki semasa bekerja lebih masa di pejabatnya di sini.


Kejadian serangan terhadap wanita berumur 30 tahun itu mendapat perhatian pelbagai pihak selepas gambar mangsa berlumuran darah dan meminta pertolongan tersebar di Internet.

Rohani berkata penjawat awam wanita itu masih dalam keadaan trauma dan KPWKM bersedia memberikan perkhidmatan kaunseling jika perlu.

“Buat masa ini, ada seorang kaunselor yang juga rakan mangsa, yang sentiasa bersama beliau selain anggota keluarga terdekat,” katanya.

Sementara itu, Rohani meminta tindakan tegas diambil terhadap suspek serangan itu mengikut beberapa akta termasuk Akta Keganasan Rumah Tangga
1994, Seksyen 14(3) Akta Pekerja 1955 iaitu gangguan seksual di tempat kerja dan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori