Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MB S’ngor Jamin, Langkah...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor sedang mengambil langkah-langkah yang wajar bagi memastikan...

Stor Perabot Lama SJKT...

KUALA PILAH - Sebuah stor perabot lama termasuk fail dan buku lama di...

Dipecat Kerana Lepaskan ‘Angin’...

TRENTON (Amerika Syarikat) - Seorang lelaki menyaman bekas majikannya selepas dia dipecat kerana didakwa...

PMUM Desak Pentadbiran UM...

KUALA LUMPUR - Tindakan biadab seorang graduan, Wong Yan Ke mengangkat plakad tertulis...

Kerajaan Selangor Cabut Pancang Haram Di Pantai

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mencabut sebanyak 253 batang pancang haram yang dipasang di pantai Kampung Banting, Sabak Bernam bagi menghapuskan kegiatan memonopoli benih kerang di kawasan tersebut.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, operasi mencabut pancang itu dilakukan Cawangan Pengurusan Sumber Pejabat Perikanan Negeri (PPN) Selangor dengan kerjasama nelayan pada 3 dan 4 Januari lalu.

“Mesyuarat Jabatan Perikanan Selangor memutuskan supaya PPN Selangor bersama-sama ibu pejabat Perikanan Malaysia membuat operasi mencabut pancang-pancang haram supaya nelayan yang diberi lesen bebas dapat mengutip benih kerang.

“Ia juga bertujuan memastikan tiada mana-mana komuniti nelayan mengaku kawasan tersebut adalah kawasan kebun kerang mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaidy dalam pada itu berkata, Jabatan Perikanan Selangor akan mengeluarkan lesen Sistem Kontur Laut (SKL) pada 13 dan 14 Januari 2015 serta mencadangkan sebutharga untuk kerja-kerja mencabut kesemua pancang yang dipasang secara haram di pantai negeri ini. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori