Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

LTTE: ADUN Seremban Jaya...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P Gunasekaran dan...

4,374 Rakyat Malaysia Masih...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar masih berusaha membawa balik seramai 4,374 rakyat Malaysia...

Instagram ‘The Rich Kids...

SEBELUM ini kami pernah menyusuri akaun Instagram 'The Rich Kids of Tehran' yang memaparkan...

Rancang Bom Pesta Arak:...

KUALA LUMPUR - Dua pekerja buruh masing-masing dihukum penjara 14 tahun oleh Mahkamah...

Kerajaan Selangor Tubuh Jawatankuasa Kaji Isu Unisel

KUALA LUMPUR – Sebuah Jawatankuasa Penambahbaikan Universiti Selangor (Unisel) ditubuhkan kerajaan negeri bagi meneliti pelbagai isu yang dihadapi universiti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, jawatankuasa itu akanturut mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan Unisel.

“Terma rujukan Jawatankuasa Penambahbaikan Unisel ini adalah menilai prestasi pegawai-pegawai utama dan program akademik dan penyelidikan Unisel.

“Ia juga bertujuan melihat strategi korporat, pengurusan kewangan dan `governans’ serta mengkaji kemudahan prasarana sedia ada Unisel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Nazmi berkata, jawatankuasa itu dianggotai oleh individu berikut:

1.Felo Penyelidik Kanan Institut Pengurusan dan Pemantauan Penyelidikan Universiti Malaya, Felo Akademi Sains Malaysia dan bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Shaharir Mohamad Zain.


2. Profesor Kejuruteraan Alam Sekitar dan bekas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Ir. Dr. Hasan Basri.

3. Bekas Rektor Kolej Universiti Insaniah dan bekas Timbalan Rektor (Akademik) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman.

4. Ketua Fakulti Jeffrey Cheah School of Medicine, University of Monash Malaysia Campus dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Anuar Zaini Md Zain.

5. Ahli Panel Penasihat Institut Rakyat, Felo Penyelidikan Kanan Penang Institute dan bekas EXCO Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Dr, Toh Kin Woon. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=9XbyPynCuG4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori