Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Najib Mohon Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk membatalkan...

Samun: Pemandu Pacuan Empat...

KOTA KINABALU - Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 50 tahun cedera...

ISTAF Akan Siasat Tindakan...

KUALA LUMPUR – Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) akan meneliti semua laporan daripada...

Peserta Ratu Cantik Cipta...

LANGKAWI - Setelah gagal mencipta rekod dengan beraksi di pentas peragaan tertinggi di...

Kerjasama K’jaan Kelantan, Persekutuan Erat Perpaduan

KUALA LUMPUR – Persatuan Peniaga dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mengalu-alukan kerjasama antara kerajaan Kelantan dan Persekutuan bagi membangunkan semula negeri itu selepas dilanda bencana banjir.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, perkembangan itu merupakan permulaan yang baik untuk terus memelihara perpaduan masyarakat Melayu tanpa menghiraukan pengaruh politik

“Bencana banjir yang melanda negara ada hikmahnya dan memberikan pelbagai kesedaran kepada rakyat bukan sahaja mengenai kesusahan dan keinsafan malah kesatuan umat Islam Melayu.

“Bumiputera khususnya Melayu perlu sedar betapa pentingnya bekerjasama ini demi membangkitkan semula semangat perjuangan yang tidak hanya fokus terhadap isu politik tetapi bersatu dan bekerjasama untuk bersama-sama memulihkan keadaan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Moehamad Izat berkata, beliau juga yakin kerjasama itu akan turut membantu meningkatkan semangat dan penambahbaikan dari sudut maufakat dan kerjasama antara kaum Melayu di negara ini.


Justeru, beliau berharap kerjasama seperti itu diteruskan dalam jangka masa yang panjang dan yakin usahasama seperti itu akan mendapat sokongan kaum Melayu dalam memperbaiki kelemahan mereka.

Mynewshub.cc semalam melaporkan PAS menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri Kelantan hasil persetujuan bersama antara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dipetik berkata, hubungan erat dan kerjasama baik itu satu episod baharu dalam sejarah pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori