Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Nigeria Suspek Bunuh...

SEPANG - Suspek utama iaitu lelaki warga Nigeria yang disyaki terlibat dengan kes...

Chong Wei Yakin Mampu...

KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan prestasi pemain muda negara, jaguh perseorangan Datuk...

Media Bukan Punching Bag,...

KUALA LUMPUR - Tindakan ganas terhadap jurufoto, Mohd Aizuddin Akmal Saad yang ditumbuk ahli keluarga...

Rayuan Akhir Najib Kekal...

PUTRAJAYA – Rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung...

Ketua Penceroboh Lahad Datu Meninggal Dunia

MELAKAR titik hitam dalam sejarah negara, tragedi pencerobohan Lahad Datu yang berlaku pada tahun 2013 masih menjadi igauan ngeri buat kesemua rakyat Malaysia.

Detik itu menyaksikan kedaulatan Malaysia tercabar manakala beberapa wira negara gugur demi mempertahankan negara daripada dirampas sekumpulan pengganas kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu.

Bagaimanapun, kemenangan berpihak kepada Malaysia meskipun penceroboh mendakwa bakal kembali bagi menuntut wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) tersebut.

Semalam, ketua kumpulan pengganas yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berkenaan iaitu Agbumuddin Kiram dilaporkan telah pun meninggal dunia di Filipina.

Menurut laporan portal Filipina, Rappler, Agbimuddin meninggal dunia di kediamannya di Barangay Tubig Indangan di Pekan Simunul, Tawi-Tawi.

Dia yang mendakwa dirinya ialah ‘Raja Muda Kesultanan Sulu’ itu meninggal dunia akibat serangan jantung. Agbimuddin juga merupakan adik kepada Jamalul Kiram III.


Princess Jacel Kiram, stands beside her father, former Sultan of Sulu Jamalul Kiram III, after reading a statement during a news conference inside their residence at Maharlika village
Jamalul Kiram (kanan) bersama anak perempuannya.

Menyingkap kembali insiden yang berlaku pada 11 Februari 2013 itu, kumpulan penceroboh berkenaan memasuki perairan negara secara haram menggunakan bot pancung dan berkumpul di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Kumpulan penceroboh itu menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu, yang dihantar oleh Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya pewaris Kesultanan Sulu.

images (3)

Dalam pertempuran berkenaan, 63 anggota kumpulan pengganas terbabit maut manakala 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban. - MYNEWSHUB.CC

VIDEO PENCEROBOHAN LAHAD DATU
https://www.youtube.com/watch?v=CpBKSYajH-M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori