Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penyampai Berita CNN Pengsan...

Seorang penyampai berita CNN yang sedang mengandung enam bulan mencetuskan kebimbangan ramai selepas...

Ancaman Serius Berita Palsu...

MEREKA bijak guna pengaruh media tersohor, wujud kumpulan kerja di belakang tabir untuk...

PDRM, JAWI Buru Raja...

RAJA Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin menjadi buruan pihak berkuasa sejak Isnin...

Usia Bukan Halangan Roslan...

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Roslan Saleh, menyifatkan usia tua bukan penghalang untuk...

Kevin Zahri Berazam Nak Khatam Al-Quran Tahun Ini

JURULATIH kecergasan terkenal, Kevin Zahri berazam mahu khatam Al-Quran di kala usianya meningkat ke angka 35 tahun ini.

Menurutnya, tidak terlalu lambat untuknya belajar mengaji sekaligus menunaikan azam itu yang tertangguh sejak dua tahun lalu.

“Saya membesar di Jerman dan pada ketika itu tiada bimbingan untuk mengajar saya mengaji.

“Saya mula mengaji apabila sudah pulang ke tanah air. Malangnya, ketika itu pengajian yang saya terima tidak begitu tersusun.

“Oleh sebab itu, saya mula meletakkan azam untuk khatam Al-Quran sejak dua tahun lalu,” katanya memetik kenyataan di Sinar Harian.


kevin

Baguslah macam tu, memang tidak ada istilah terlalu lambat dalam mempelajari sesuatu perkara yang membawa kepada kebaikan.

Semoga azam Kevin dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin seperti yang dihajati olehnya.

Better late than never kan! -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori