Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lanjutan Masa Bayaran Balik...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju memberikan lanjutan masa daripada tiga bulan kepada enam bulan bagi...

Isu Hubungan Sulit: TPM...

CANBERRA - Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce, telah meletak jawatan pada Jumaat...

Penganjur Dakwa Nothing2hide Batal...

KUALA LUMPUR: Kehadiran tanpa diundang Tun Dr Mahathir Mohamad ke dialog Nothing2Hide mendorong...

Tai Sun Perkenal Kacang...

KUALA LUMPUR - Tai Sun (Lim Kee) Food Industries, pengeluar makanan ringan terkenal...

Khidmat Tren 24 Jam Sempena Thaipusam

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan Tren Tanpa Henti selama 24 jam bermula Sabtu ini sempena perayaan Thaipusam.

Pengurus Besar Bahagian Operasi KTMB, S Mahendran, berkata perkhidmatan yang terlibat adalah KTM Komuter dan tren elektrik (ETS).

“Perkhidmatan itu disediakan bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai khasnya penganut agama Hindu serta pelancong yang ingin berkunjung ke Batu Caves,” katanya pada sidang akhbar di Stesen KTM Komuter Batu Caves di sini hari ini.

Perkhidmatan KTM Komuter bermula Sabtu ini hingga 4 Februari itu melibatkan laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang-Batu Caves dan Rawang-Sungai Gadut-Rawang yang dilanjutkan perkhidmatannya dari 12 tengah malam hingga 5.30 pagi.

Perkhidmatan ETS (Gold) pula yang bermula Sabtu ini hingga 3 Februari melibatkan empat perjalanan sehari bagi sektor Ipoh-Batu Caves (4.30 petang dan 11 malam) dan Batu Caves-Ipoh (7.30 malam dan 2 pagi).


“Seramai 500 kakitangan dijadualkan bertugas sepanjang tempoh itu untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang,” kata Mahendran.

Beliau berkata, orang ramai dinasihat menggunakan tren untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan masa dan belanja serta mempraktikkan kaedah ‘Park n Ride’.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1300 88 5862 atau Twitter @ktmkomuter. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori