Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rezeki Lepas Kahwin, Fazura...

KATA orang, rezeki lepas kahwin ni merupakan satu perkara yang tak disangka-sangka. Bagi pelakon...

Trend Zikir Sambil Goyang...

PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin...

Sedia Statistik Kemalangan Industri...

JOHOR BAHRU – Pihak berkuasa perlu menyediakan statistik lengkap mengenai kes kemalangan dan...

Lelaki Menyamar Polis, Pegawai...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki, yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun di sekitar...

Kinderboard, Papan Kekunci Khas Untuk Kanak-Kanak

Sejak kebelakangan ini, seringkali kita melihat anak-anak kecil sudah pandai menggunakan peranti pintar yang ternyata sudah menjadi pemandang biasa.

Mereka tidak seperti kita, kanak-kanak di zaman ini sudah didedahkan kepada dunia IT sejak dari usia kecil lagi.

Jadi adalah munasabah bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka menggunakan komputer dari usia kecil.

Jika mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya ye tak?

Di pasaran sudah terdapat tablet dan telefon pintar khas untuk kanak-kanak seperti Samsung Galaxy Tab 3 Kids.

Kini wujud pula Kinderboard, sebuah papan kekunci yang direka khas untuk kegunaan kanak-kanak.


Bagi memastikan ianya mudah digunakan ia dilengkapi kekunci yang lebih besar dengan warna-warna ceria.

Ia adalah sebuah papan kekunci Bluetooth yang boleh digunakan pada PC, Mac dan juga IOS.

Papan kekunci ini turut mempunyai 2 port USB 2.0 bagi memudahkan sambungan pemacu ibu jari dan tetikus secara terus.

Jadi sekiranya anda mahukan anak anda sudah celik IT sejak dari kecil, maka papan kekunci yang boleh mempercepatkan pembelajaran mereka ini semestinya akan memasuki senarai pendek anda.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori