“KASIH ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa.”
Tiada siapa boleh menafikan mahupun menandingi kasih sayang yang dizahirkan seorang ibu kepada anak yang dikandungnya.
Ini terbukti menerusi gambar seorang ibu membonceng motosikal bersama anaknya yang masih kecil, yang kini menjadi viral apabila dikongsikan seorang pengguna laman sosial Facebook.
Gambar tersebut menunjukkan sifat prihatin si ibu yang mengikat tubuhnya kepada tubuh si anak dipercayai kerana bimbang jika anaknya terjatuh dari motosikal. Ia mampu menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Rata-rata pengguna sosial turut meluahkan simpati terhadap si ibu yang mungkin tidak mempunyai kereta hingga tiada pilihan selain menunggang motosikal untuk membawa anaknya meskipun dirasakan kurang selamat.
Pada masa sama, seorang wanita sempat berkongsi pengalaman dukanya suatu ketika dahulu, ketika terpaksa membawa anaknya menaiki motosikal seperti ibu dalam gambar ini. Kisahnya membuat ramai yang sebak ketika membaca.
Kisah ini sebenarnya memberi pengajaran supaya bersyukur dengan rezeki yang kita ada kerana ramai lagi insan lain yang lebih susah hidupnya daripada kita.
Selain itu, hargailah ibu anda ketika hayatnya kerana pengorbanan dan kasih sayangnya kepada kita tak mungkin terbalas.- MYNEWSHUB.CC
VIDEO SEDIH SEORANG PENGORBANAN IBU