Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dagangan Orang Dalam Paling...

KUALA LUMPUR - Ekoran aktiviti dagangan orang dalam paling banyak disiasat, Suruhanjaya Sekuriti...

AS, China Paling Banyak...

OSLO – Amerika Syarikat (AS) dan China merupakan penyumbang terbesar sampah elektronik seperti...

Penampilan Zulfahmi Bersama SIC...

KUALA LUMPUR – Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin mengesahkan penampilannya bersama SIC Racing Team...

Kereta Rempuh Lori Sampah...

Georgetown - Kereta dipandu lelaki terbakar selepas merempuh lori sampah di Kilometer 33,...

Percayakan Zahid, Kit Siang Kata Anggota Kabinet M’sia Bodoh!

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan semua anggota Kabinet negara ini sebagai bodoh kerana mempercayai kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Beliau dalam nada biadap mendakwa, Ahmad Zahid mengkehendaki orang ramai pula bersikap bodoh dengan mempercayai surat kepada FBI itu sekadar bertujuan mengesahkan bahawa rakyat Malaysia, Wei Seng Phua (Paul Phua) bukan anggota kongsi gelap 14K di Malaysia dan tidak lebih dari itu.

“Jangan sangka rakyat Malaysia semuanya bodoh, walaupun beliau telah berjaya memperbodohkan Kabinet apabila menteri-menteri akur sahaja menerima penerangan mengarutnya mengenai surat kepada FBI,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan selepas berdiam diri selama dua minggu, Menteri Dalam Negeri menjelaskan bahawa surat beliau kepada FBI bukan surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua yang sedang menghadapi pertuduhan menganjur perjudian haram di Amerika Syarikat.

Dalam sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini beliau dipetik berkata, surat yang ditulis kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano pada 18 Disember tahun lepas adalah untuk menjelaskan status Paul Phua.


Jelas Ahmad Zahid, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara, beliau menjelaskan bahawa kumpulan kongsi gelap 14K Triad tidak wujud di Malaysia dan individu itu bukan anggota kumpulan kongsi gelap itu di Malaysia.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori