Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jangan Langgar Peraturan Parti...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan...

Gempa Bumi Kuat Landa...

SAN FRANCISCO : Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda pesisir pantai...

Dua Lagi Mayat Dikeluarkan...

KUALA LUMPUR - Dua lagi mayat dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia dikeluarkan hari...

Kanak-Kanak Perempuan Antara 23...

SHAH ALAM - Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun antara 23 warga asing yang...

Kit Siang Bengang Grafik Gambarkan Beliau Komunis

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa ada pihak mewujudkan akaun Twitter palsu menggunakan identiti beliau untuk menyebarkan mesej dan grafik fitnah.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

Kit Siang mendakwa serangan ke atas akaun Twitter itu bermula selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan mengenai tragedi 13 Mei boleh berulang jika DAP melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

“Sejak beberapa minggu lalu akaun Twitter saya aman daripada serangan tetapi beberapa hari sejak kenyataan Abdul Hadi, ia menjadi sasaran serangan beberapa akaun palsu menyebarkan penipuan, mesej dan grafik fitnah.

“Salah satu tema serangan Twitter ini ialah menuduh saya sebagai punca rusuhan kaum 13 Mei di Kuala Lumpur seperti tweet berbunyi “TAHUKAH ANDA? @limkitsiang adalah pencetus Rusuhan Kaum 13 Mei.. #DAPRasis #S14”,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.


Kit Siang mendakwa, satu lagi serangan ke atasnya menggunakan grafik menampilkan dirinya sebagai seorang komunis berpakaian seperti Mao Zedong dengan ayat berbunyi,  “MELAYU KELUAR! APA LAGI DUDUK SINI, KITA HENTAM LU, SEKARANG KITA SUDAH ADA KUASA” LIM KIT SIANG (BAPA 13 MEI)”

-MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=_Qu8sMaFaSc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori