Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bursa Malaysia Akhiri Sesi...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, dengan indeks...

Pekerja Kilang Berjalan 32km...

DETROIT – Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32...

4 Warga Vietnam Geng...

ALOR SETAR - Polis menembak mati empat penjenayah warga Vietnam dipercayai anggota Geng...

Tambah Hakim Kendali Kes...

KUALA LUMPUR - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif bersetuju untuk...

KJ Bimbang Kemelut MIC Jejaskan Imej BN

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar bimbang krisis dalaman parti MIC yang semakin memuncak boleh memberi implikasi tidak baik kepada BN.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, beliau khuatir perkembangan terbaru membabitkan isu itu semalam bukan hanya akan menjejaskan sokongan kaum India terhadap parti berkenaan malah BN turut menerima tempiasnya.

“Saya menggesa agar kepimpinan tertinggi MIC boleh menyelesaikan kemelut ini dengan kadar segera agar ia tidak terus merosakkan imej parti komponen tersebut dan BN secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan kemelut dalaman MIC semakin meruncing berikutan tindakan sekumpulan lelaki dipercayai samseng menghalang Naib Presiden MIC, Datuk M.Saravanan daripada memasuki ibu pejabat parti berkenaan di sini hingga menyebabkan kekecohan.


Khairy Jamaluddin bagaimanapun menjelaskan, kenyataan beliau itu tidak berniat untuk mencampuri kemelut MIC kerana BN mengamalkan dasar konsensus, budaya menghormati serta tidak campur tangan dalam urusan parti komponen lain.

Namun, jelas beliau. kekuatan BN amat bergantung kepada kerukunan kesemua komponen, tanpa boleh menutup mata terhadap sebarang isu yang melanda mana-mana parti.

Oleh itu, katanya, pihaknya menuntut agar barisan pimpinan parti komponen BN bertindak bijaksana dan proaktif bagi menangani sebarang masalah secara damai sebelum ia mencalar serta menjejaskan imej BN.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori