Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri akan mengumumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat...

Kontraktor Kerugian RM173,000 Disamun...

IPOH - Seorang kontraktor kerugian RM173,000 selepas disamun sekumpulan lelaki di belakang sebuah...

Senarai Calon Hampir Selesai,...

KUALA LUMPUR - UMNO kini sudah berada dalam kedudukan bersiap sedia untuk menghadapi...

dUCk Cosmetics ‘Baby’ Baharu...

RAMAI yang menjadikannya sebagai idola kerana kejayaan yang telah dikecapi pada usia muda....

KJ Mahu Para Belia Ceburi Bidang Pertanian

SEREMBAN – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini meminta golongan belia supaya menceburi bidang pertanian dan perniagaan yang boleh diusahakan berikutan terdapat begitu banyak tanah terbiar di negara ini.

“Tidak ada gunanya kita banyak tanah terbiar jika kita tidak usahakan tanah tersebut. Itu adalah satu kerugian yang besar, sedangkan kita mempunyai ramai belia yang boleh mengusahakan tanah tersebut dengan projek pertanian yang boleh memberi peluang perniagaan, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menuai cili projek perintis di bawah Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) di Kampung Ribu, Rantau dekat sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk R. Saravanan.

Khairy berkata jika para belia mempunyai kesungguhan mengusahakan tanah sedemikian, ia boleh diusahakan dengan pelbagai projek hasil pertanian yang diperlukan di pasaran.


Khairy juga berharap lebih ramai lagi belia terutamanya di kalangan masyarakat India akan dapat menyertai projek tanaman cili Yayasan NAAM memandangkan kejayaan projek itu di Negeri Sembilan.

“Projek pertanian di bawah Yayasan NAAM dengan projek lain di bawah program Agropreneur, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh mengubah persepsi anak muda dengan cepat terhadap bidang pertanian sebab ia boleh memberi pendapatan yang cepat.

“Yayasan NAAM melaksanakan projek tanaman cili kerana hasilnya cepat di mana dalam tempoh tiga bulan cili tersebut boleh mengeluarkan hasil dan boleh dijual sebab ada perjanjian dengan Fama.

“Saya harap dengan asas yang diberikan oleh Yayasan NAAM ini, peserta akan dapat kembangkan perniagaan mereka dan seterusnya boleh menambahkan pendapatan mereka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori