BERITA baik buat penggemar selfie!
Sebuah kolej di London kini menawarkan satu kursus spesifik untuk individu yang ingin mendapatkan ilmu lanjutan secara teori dan praktikal berkenaan kegilaan mengambil gambar sendiri itu.
Kursus yang diberi nama ‘Seni Potret Diri Sendiri’ mengambil masa selama sebulan dan bakal bermula pada Mac depan.
Antara silibus yang terangkum dalam kursus tersebut adalah teori dan praktikal tentang pengenalan kepada fotografi diri sendiri yang diwujudkan untuk meningkatkan pemahaman tentang dunia selfie.
Bukan itu sahaja, kursus tersebut diwujudkan kolej berkenaan bagi menggalakkan hasil selfie yang berkualiti dan bermanfaat.
Namun, dalam kelas itu nanti, penuntut tidak dibenarkan menggunakan gajet telefon bimbit tetapi kamera SLR. Mereka juga perlu memiliki pengetahuan asas fotografi.
Ya bukan semberono sahaja ya!
Pelajar juga dituntut untuk menghadiri ceramah, mengadakan sesi pembentangan, seminar, perbincangan dan kerja bersama pasukan.
Kursus tersebut mengenakan yuran sebanyak £132 (RM712) buat individu yang berminat.
Haa, mungkin dengan wujudnya kursus sebegini, maka teknik selfie bakal mengalami evolusi dan tak lagi terhad kepada posing klise semata-mata kan? – MYNEWSHUB.CC
Laporan Berita Tentang Tawaran Kursus ‘Selfie’ Di Sebuah Kolej Di London