Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Seminggu Siasatan Kes Kebakaran...

PETALING JAYA - Laporan penuh siasatan kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)...

AS Mula Langkah Baharu...

EKORAN pengaruh China yang kini sampai dan mengukuh di hampir semua negara kecil...

Menara KL Sasar Sejuta...

KUALA LUMPUR - Menara Kuala Lumpur (Menara KL) menyasarkan sejuta pengunjung dari dalam...

Piala Dunia: Rusia Intai...

TUAN rumah Piala Dunia 2018, Rusia semakin hampir mara ke pusingan kalah mati...

Ramai Komando Tentera Perancis Dikesan Sertai IS!

PARIS – Ketika Perancis masih dalam keadaan ‘berjaga-jaga’ ekoran serangan berdarah ke atas pejabat majalah Charlie Hebdo pada 7 Januari dan terhadap kedai runcit Yahudi sehari kemudian, rakyat Perancis kini mungkin perlu hidup dalam ketakutan.

Ini kerana meskipun warga Perancis dan masyarakat antarabangsa memberi tumpuan ke atas penganut Islam tempatan yang dilabel sebagai pengganas berpotensi, tanpa disedari ramai anggota tentera Perancis disahkan menyertai militan Islamic States (IS).

Perkara amat mengejutkan itu didedahkan Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian pada sidang media di sini lewat Rabu yang mengesahkan setakat ini 10 askar Perancis berjaya diterima menganggotai kumpulan jihad radikal di Syria dan Iraq.

“Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20-an dan sudah berhenti daripada perkhidmatan rasmi tentera darat Perancis, namun kes ini agak jarang,” kata beliau kepada pemberita bagi memaklumkan langkah kerajaan menangani aktiviti pengganas.

Kenyataan Le Drian itu seterusnya mengesahkan laporan stesen antarabangsa Radio France International baru-baru ini yang menceritakan penglibatan rakyat asing termasuk bekas tentera elit Perancis sebagai anggota ekstremis IS di Asia Barat.

Rentak perbarisan French Foreign Legion secara tradisi amat perlahan dan ini menyebabkan pasukan itu diletakkan sebagai kontinjen terakhir pada setiap kali perarakan rasmi di Perancis. – Gambar hiasan

Stesen Perancis itu melaporkan semua askar negara tersebut merupakan komando pakar letupan bom daripada pasukan simpanan khas separa tentera dikenali sebagai French Foreign Legion yang mahir dalam strategi taktikal perang gerila di peringkat global.


French Foreign Legion yang ditubuhkan sejak 1831 kini dianggotai lebih 7,000 askar daripada 140 buah negara dan anggota warga asing boleh diberi taraf kerakyatan Perancis secara automatik jika cedera berdarah ketika bertempur dalam misi perang.

Pihak perisikan Perancis menganggarkan kira-kira 1,300 rakyat negara itu menyertai IS di Syria dan Iraq manakala lebih 3,000 orang lagi masih berada di Perancis yang disahkan ada kaitan dengan rangkaian militan Khalifah Abu Bakar al-Baghdadi itu.

IS yang ditubuhkan secara rasmi pada 1 Ramadan tahun lalu; ketika Israel melancarkan perang ke atas wilayah Gaza susulan 3 remaja Yahudi diculik dan dibunuh; berhasrat menawan Mekah serta menghancurkan Kaabah, kiblat umat Islam.

Selain Perancis, IS kini dianggap pasukan pelbagai negara dengan sebahagian besar anggota berasal dari Eropah antaranya Britain, Jerman, Rusia selain negara-negara Arab, rantau Asia tenggara, India, China dan terbaharu, Korea Selatan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori