Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kemalangan: Seorang Lagi Ahli...

BEBERAPA hari lalu, kami telah menyiarkan mengenai kemalangan ngeri yang menimpa kumpulan K-Pop...

Devamany Akan Bertanding Dalam...

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden MIC, Datuk Seri S. K. Devamany mengesahkan...

Hospital Taiping Perlukan Bekalan...

TAIPING - Orang ramai diminta menderma darah untuk tabung darah Hospital Taiping bagi...

Peg. Kerajaan Dipecat Kerana...

SEORANG pegawai kerajaan terpaksa berdepan dengan alasan dibuang kerja yang memalukan iaitu gara-gara gambarnya...

Kotak Hitam Pesawat QZ8501 Diterbangkan Ke Jakarta

KOTAK hitam (perakam data penerbangan) pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas bulan lepas berjaya dibawa ke darat dan akan diterbangkan ke Jakarta untuk proses seterusnya siasatan punca nahas peswat itu.

Alat yang merakam segala data penting dalam penerbangan itu yang berjaya ditemui semalam, telah selamat dikeluarkan dari laut dan dibawa dengan kapal Tentera Laut Indonesia KRI Banda Aceh.

MENARIK – Penyelam Berjaya Jumpa Kotak Hitam Diberi 100 Juta Rupiah

Pasukan penyiasat bakal mendapat gambaran yang lebih jelas selepas mendengar dan menganalisis data yang direkodkan sepanjang penerbangan dari Surabaya ke Singapura itu yang mengorbankan kesemua 162 orang penumpang pesawat berkenaan.

Gambaran awal para penyiasat ketika ini menyebut, pesawat jenis Airbus A320-200 itu mungkin meletup saat ia mencecah permukaan Laut Jawa ketika terhempas.


Pesawat AirAsia Indonesia itu juga dikatakan menghadapi gangguan cuaca buruk ketika penerbangan dan terpaksa mendaki lebih tinggi untuk terbang bagi mengelak awan yang tebal. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=UCDtDgbOWHA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori