Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

88,917 Unit Rumawip Dibina,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 88,917 unit pembinaan kediaman mampu milik di bawah program...

Muhyiddin Sedih Penerokaan Tanah...

CAMERON HIGHLANDS - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluahkan rasa dukacita dengan...

Wanita Perlu Terus Sokong...

PEKAN - Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyeru golongan wanita terutama...

Petronas Potong Belanja Sebanyak...

PETROLIAM Nasional Bhd. (Petronas) merancang untuk mengurangkan sehingga RM50 bilion (AS$11.41 bilion) daripada modal...

Kotak Hitam QZ8501 Dikesan Berdekatan Lokasi Ekor Pesawat

Setelah operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat malang QZ8501 miliki AirAsia Indonesia berjaya menaikkan ekor kapal terbang tersebut semalam (Sabtu), satu lagi perkhabaran positif dilaporkan hari ini.

Terkini, pasukan SAR diberitakan telah mengesan isyarat dari kotak hitam pesawat tersebut yang dipercayai berada tidak jauh dari lokasi ekor yang diapungkan.

Menurut laporan portal Detik.com, isyarat tersebut dikesan oleh tiga buah kapal mencari yang berada di lokasi tersebut pagi ini (Ahad).

Isyarat itu diterima dari 1km arah timur dari lokasi penemuan ekor pesawat berkenaan,” ujar Supriyadi, Pengarah Operasi Badan SAR Nasional di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Melalui laman mikro Twitter juga, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, kotak hitam pesawat QZ8501 berkemungkinan besar telah ditemui.

Untitled (9)

Menurut Supriyadi lagi, hari ini, operasi diteruskan bagi mencari bahagian terpenting tersebut selain dari fiuslaj (badan) pesawat yang dikatakan memerangkap sebahagian besar penumpang di dalamnya.

Setelah dibuat penelitian, kita akan hantar pasukan penyelam kapal KN Pacitan ke tiga kapal berkenaan“, tambah Supriyadi yang merujuk kepada kapal Baruna Jaya, Java Interior dan GeoSurvey.


Menurut laporan sama, kotak hitam tersebut dipercayai berada pada kedalaman 30 meter di dasar Laut Jawa.

Sementara itu, terdapat penemuan serpihan terbaru yang telah dibawa ke Pelabuhan Panglima Utar Kumai oleh kapal Trisula. – MYNEWSHUB.CC

 

Rakaman Video Usaha Menaikkan Ekor Pesawat QZ8501 Dari Dasar Laut Jawa


KRONOLOGI KEHILANGAN QZ8501

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori