Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan 21...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Luangkan Masa Bersama Keluarga...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya...

MP Pembangkang Asak Menteri...

Sesi penggulungan Bajet 2022 Kementerian Perpaduan bertukar kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang,...

Guru Pukul Budak Dengan...

MALANG menimpa seorang budak lelaki berusia 11 tahun, Xiao Yong, apabila dia dipukul...

Krisis MIC Tak Jejas BN Perak – Zambry

IPOH – Kemelut dalaman parti MIC serta pelantikan Tan Sri M. Ramasamy sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MIC Negeri tidak menjejaskan Barisan Nasional (BN) negeri Perak, kata Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata pelantikan Ramasamy sebagai ketua MIC Perak bagi menggantikan Datuk Seri G. Palanivel, yang juga Presiden MIC, merupakan keputusan parti itu.

Menteri Besar Perak itu berkata setiap parti politik mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan setiap permasalahan yang wujud ada jalan penyelesaiannya.

“Setiap kelemahan itu perlu diperincikan dan dicari jalan penyelesaiannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi pembentangan gerak kerja BN bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Beliau berkata sesi pembentangan itu membincangkan perancangan BN negeri dalam usaha memperkukuh kedudukan serta memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam setiap parti komponen peringkat negeri sebelum menghadapi PRU14.

Katanya setiap parti komponen perlu memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat bagi mencapai kejayaan BN yang lebih baik dalam PRU14 akan datang.


Kemelut MIC bermula pada 5 Dis lepas apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC dalam tempoh 90 hari.

Ia berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan pada pemilihan Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.

RoS turut menasihatkan MIC supaya tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga isu itu diselesaikan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori