Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tenggelamkan Kereta Kerana Marah...

Dover - Seorang lelaki yang dalam proses perceraian memandu kereta merah Corvette milik...

CEO Rapid Rail Minta...

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) meminta maaf berikutan brek...

Cubaan Culik PM –...

KUALA LUMPUR-- Polis mengesahkan ada cubaan menculik beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri oleh...

Hetty Sarlene Kini Bercinta...

LAMA dah tak dengar khabar pelakon yang pernah popular dengan drama bersiri Sembilu,...

Kumar Aaman Mogok Lapar Di Pejabat ROS, Masuk Hari Ke-2

SATU mogok lapar telah diadakan di perkarangan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di Putrajaya, sejak Khamis oleh Datuk G Kumar Aaman.

Kumar ditemani oleh beberapa penyokong beliau antaranya Bendahari MIC Datuk S Murugesan, Ketua Penerangan MIC Sivasubramaniam dan Peguam K Murali.

Pendaftar Pertubuhan Mohammad Razin Abdullah dalam satu kenyataan media hari ini berkata, mogok lapar berkenaan diadakan ekoran kemelut yang melanda MIC, sekaligus membuatkan jabatan itu tidak dapat mengiktiraf jawatan Kumar dalam persatuan tersebut.

Kumar sebelum ini mendakwa Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel telah melantiknya sebagai Setiausaha Agung MIC yang baharu menggantikan A Prakash Rao.

Namun menurut ROS, pertikaian berkenaan jawatan peringkat parti itu masih belum diselesaikan lagi seperti yang ditetapkan dan sehingga kini pihak MIC juga masih belum memaklumkan mengenai pelantikan tersebut.

Sehubungan itu, jabatan tersebut tidak dapat mengiktiraf Kumar Aaman sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang dilantik sebagai Setiausaha Agung yang baharu.

BACA JUGA – MIC Tidak Akan Benarkan Pendaftaran Dibatalkan

“Dakwaan bahawa terdapat penyelewengan oleh Pegawai Siasatan ROS yang menjalankan kes ini adalah tidak berasas sama sekali.

“Siasatan dijalankan adalah sangat telus selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 serta berasaskan fakta dan keterangan yang diperolehi dari semua pihak berkaitan termasuklah dari pihak Jawatankuasa Pemilih yang terlibat dalam proses pengendalian pemilihan ini,” kata Mohammad Razin.

Tambahnya, ROS tiada halangan untuk mengadakan perjumpaan dengan Kumar tetapi bukan atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung.


Malah sebelum ini, ROS dikatakan telah meminta Kumar mengemukakan surat daripada Presiden MIC namun sehingga ke tarikh mogok dilancarkan semalam, surat yang diminta masih tidak diterima.

Sementara itu Kumar yang mengadakan mogok lapar masuk hari kedua di pejabat ROS, berkeras mahu menuntut agar Ketua Pengarah dan juga Pegawai Penyiasat pemilihan MIC ditukarkan berikutan kemelut yang melanda parti itu.

Pada 5 Disember lepas, ROS mengisytiharkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC yang diadakan semasa perhimpunan agung parti pada November 2013 sebagai tidak sah dan batal, seterusnya mencadangkan pemilihan semula diadakan dalam tempoh 90 hari.

Namun awal bulan ini, Palanivel telah mengumumkan pelantikan Kumar sebagai Setiausaha Agung MIC bersama pelantikan lain ke jawatan utama dalam parti itu.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Rabu berkata, ROS telah memaklumkan secara bertulis bahawa jabatan itu tidak mengiktiraf pelantikan yang dibuat oleh MIC ekoran perintahnya supaya parti itu mengadakan pemilihan semula bagi jawatan-jawatan tertentu. -MYNEWSHUB.CC

Berita Kemelut Dalaman Parti MIC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori