LONDON – Kapten Liverpool, Steven Gerrard mendedahkan, hari ini punca utama dia membuat keputusan meninggalkan Anfield ke Amerika Syarikat kerana diberitahu tidak akan diturunkan secara kerap dalam perlawanan.
Gerrard akan menyertai sebuah kelab dalam Liga Bola Sepak Utama (MSL) pada akhir musim ini.
Ketika ini LA Galaxy di Los Angeles dikaitkan sebagai destinasi pilihan pemain berusia 34 tahun itu.
“Perbincangan utama adalah apabila pengurus pasukan memberitahu saya sudah tiba masanya mereka menguruskan masa permainan saya.
“Ia satu perbincangan yang sukar bagi saya. Saya sedar ia satu perkara baik dan menerimanya,” kata Gerrard.
Pemain nadi Liverpool itu sudah bermula dalam 17 daripada junlah 20 perlawanan untuk Liverpool, musim ini.
Cuma Raheem Sterling dan Jordan Henderson sudah beraksi lebih daripadanya.
Namun, bekas kapten England itu menafikan perkhabaran bahawa dia sudah berselisih faham dengan pengurus pasukan, Brendan Rodgers selepas direhatkan untuk perlawanan liga menentang Stoke City pada November lalu.
“Apabila anda bermain dalam setiap perlawanan dan menjadi tonggak pasukan buat satu tempoh yang lama saya sedar perbualan seperti ini akan wujud satu hari nanti.
“Tapi ia satu perbualan yang memeritkan bagi saya,” kata Gerrard. – BBC Sport
https://www.youtube.com/watch?v=9J0wTMh9hBA