Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sabah Peruntuk RM10j Tambah...

SANDAKAN - Kerajaan Sabah menyediakan peruntukan RM10 juta bagi menambah dana pusingan Yayasan...

Ramai Netizen Rela ‘Ditembak’...

NAMPAKNYA bukan hanya atlet sahaja yang menjadi tumpuan ramai pihak sepanjang temasya Sukan...

Melaka Buka Pusat Tahfiz...

MELAKA - Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan membuka Pusat...

Hanya MySejahtera Aplikasi Rasmi...

KUALA LUMPUR - MySejahtera adalah aplikasi rasmi kerajaan bagi pendaftaran vaksinasi melalui Program...

Labu Air Gergasi Mak Andam Jadi Bahan Ngangkung!

SATU kejadian ‘pelik tapi benar’ telah berlaku di sebuah perkampungan di selatan tanah air apabila hasil tanaman di sana mengeluarkan buah bersaiz luar biasa!

Memetik laporan Harian Metro, kebun tersebut yang merupakan milik mak andam, Amira Mukri, 53, terletak di Jalan Utama, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Labu air di kebun tersebut didapati mengeluarkan tiga labu bersaiz luar biasa iaitu kira-kira satu meter panjang dan seberat 7 kilogram.

“Saya dan adik lelaki menanam pokok serta sayuran lain di kebun sejak dua tahun lalu. Labu air berkenaan hanya berusia kira-kira dua hingga tiga minggu, namun semakin memanjang hingga mencecah satu meter.

“Beberapa penduduk datang ke kebun kami merakamkan gambar dan menyatakan mereka tidak pernah melihat labu air aneh seperti ini,” kata Amira.


Namun demikian, dia kesal apabila ‘keajaiban’ dikurniakan Allah SWT itu disalahgunakan sesetengah individu tidak bertanggungjawab.

Menurut Amira, dia dan ahli keluarganya terkejut kerana pernah terserempak sekumpulan lelaki membakar kemenyan di kebunnya bagi melakukan aktiviti khurafat. -MYNEWSHUB.CC

Cara Menebang Pokok Gergasi

https://www.youtube.com/watch?v=DlnLmsmlXPk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori